Candi Batu Phanom Rung
Candi Batu Phanom Rung
044-782-715
Daerah Nang Rong, Wilayah Buri Ram
Dibuka setiap hari mulai 6:00 pagi-18:00 petang
-
Pembayaran kemasukan : Warganegara Thai 20 bath

Candi Batu Phanom Rung merupakan candi batu yang termasyhur di Wilayah Buri Ram berdasarkan kecantikan dan kebesarannya dari segi senibina. Nama bagi candi ini adalah berasal dari bahasa Khmer “Phanom Rung” atau “Wanam Rung” yang bermaksud bukit besar sama dengan tempat letak candi tersebut di atas puncak gunung merapi yang telah padam.

Di sini merupakan tempat beribadat dalam agama Hindu dalam sekitar tahun Buddha yang ke-15 hingga abad ke-17 dan ditukar menjadi tempat beribadat dalam agama Buddha zaman Raja Jayavarman yang ke-7. Unsur dan pelan pembinaan Candi Batu Phanom Rung direkabentukan dalam bentuk berbaris lurus dan menitik berat fokus kepada pusat iaitu candi dihadapkan ke arah Timur. Manakala sebelah kanan tangga menuju ke tempat beribadat terdapat bangunan yang dipanggil balai selaku tempat berehat baginda raja sebelum menaiki menyembah dewa atau melakukan ibadat di kawasan candi tersebut.

Di bahagian dalam kawasan candi pula, terdiri daripada bangunan dan pelbagai binaan yang bertaburan termasuk binaan yang dibina sehingga ke puncak candi yang dianggapkan sebagai tempat bersamayam Dewa Siwa. Di jalan melalui ke Jambatan Nagaraja terdapat tiang batu yang ditanam kedua-dua belah kiri kanan. Jalan ini dianggapkan sebagai titik sambungan antara kawasan manusia dan syurga. Bahagian hujung Jambatan Nagaraja merupakan jalan menaiki ke candi. Di tengah-tengah kawasan laman candi sebelah dalam, terdapat candi utama yang dibina pada abad ke-17 Buddha yang dianggapkan candi terpenting.

Kecantikan dari hiasan itu dapat dilihat pada kehalusan seni pembinaan candi sehingga dianggap sebagai kawasan ternilai dari segi seni kebudayaan iaitu kecantikan dari segi senibina dan kepentingan dari segi sejarah yang amat berpatutan untuk mengunjunginya sekali dalam seumur hidup.

interesting
Candi Batu Phanom Rung
1. Tangga permulaan
2. Balai
3. Jalan keberangkatan
4. Jambatan Nagaraja tingkat 1
5. Tangga menaiki candi
6. Halaman di hadapan candi
7. Jambatan Nagaraja tingkat 2
8. Halaman Candi dan serambi utama
9. Pintu gerbang dan serambi lingkungan
10. Jambatan Nagaraja tingkat 3
11. Candi utama
12. Candi bata sebanyak 2 buah
13. Candi kecil
14. Balai pustaka
15. Bangunan yang dibina dengan batu bata


MAP
TRAVEL

By Car
From Bangkok, use Highway No. 1 (Phaholyothin) and turn right in Saraburi onto Highway No. 2, 224, and 24 respectively. In Nang Rong district, make a left turn onto Highway No. 218 reaching Buriram. Once in Buriram, continue on 218 for another 50 kilometers. Turn left onto Highway No. 24 and proceed 14 kilometers to Ban Thako where you turn into Chaloem Phra Kiat District. Keep on driving for another 12 kilometers and you will reach the destination.