Jalan Pejalan Kaki Serok Krao
Jalan Pejalan Kaki Serok Krao
044-602-345
Jalan Romburi, Mukim Nai Mueang, Daerah Mueang, Wilayah Buri Ram
Dibuka setiap hari Sabtu-Ahad masa 17:00 petang-22:00 malam.

Ketika melancong ke mana-mana Wilayah dan ingin mencari pusat perhimpunan makanan, seni kebudayaan cendera mata dan barangan membeli-belah dalam satu tempat. Anda mesti berjalan di jalan membeli-belah kepunyaan Wilayah barulah dianggapkan telah mengunjungi Buri Ram sebenar.

Jalan Pejalan Kaki Serok Krao Walking Street di Wilayah Buri Ram merupakan pasar yang dipenuhi dengan pelbagai barangan antaranya pakaian, barangan OTOP, makanan jenis kuih-muih, lauk-pauk, buah-buahan dari kumpulan pasar hijau, barangan kraftangan dari pelbagai komuniti termasuk pameran gambar Bandar Buri Ram yang lama dan baru. Selain daripada itu terdapat pertunjukan muzik dan seni budaya yang saling menghiburkan pengunjung pasar jalan ini.

Selain daripada pelbagai jenis barangan untuk dibeli, suasana pasar ini sangat selesa kerena terletak di tepi anak sungai Lalom yang merupakan anak sungai mengelilingi bandar lama. Jika berjalan membeli-belah sehingga penat dan lengah, anda dapat mengguna perkhidmatan urut tapak kaki di tepi sungai tersebut serta dapat menyewa meja kecil di tepi anak sungai atau di dalam taman untuk duduk makan makanan yang dibeli dari pasar tadi.

interesting
Jalan Pejalan Kaki Serok Krao
1. Padang serba aneka
2. Bangunan Dewan Perbandaran Bandar Buri Ram
3. Pasar sepanjang malam

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mulai dari Jalan Chira terus ke simpang empat Pasar Night Bazar di kawasan anak sungai Lalom (parit bandar purba no. 1), anda akan nampak Jalan Membeli-belah.