Pusat Kebudayaan Bahagian Timur Laut Selatan Buri Ram
Pusat Kebudayaan Bahagian Timur Laut Selatan Buri Ram
044-611-221
Mukim Nai Mueang, Daerah Mueang, Wilayah Buri Ram
Dibuka setiap hari mulai 8:30 pagi-16:30 petang,
ditutup pada hari cuti umum.
Free

Pusat Kebudayaan Bahagian Timur Laut Selatan Buri Ram dibina untuk menjadi pusat pengumpulan dan pameran bukti-bukti sejarah dan arkeologi di kawasan Bahagian Timur Laut Selatan iaitu kawasan lembah sungai Mun atau lembah Khorat (Padang Kula Ronghai) yang merupakan kawasan terletaknya Wilayah Nakhon Ratchasima, Buri Ram, Surin, Si Sa Ket, Ubon Ratchathani dan beberapa daerah Wilayah Yasothon, Roi Et, Maha Sarakham, Khon Kaen dan Chaiyaphum.

Di sini terdapat pertama yang merupakan balai kebudayaan yang bersenibina Candi Phanom Rung bercampuran dengan senibina moden. Manakala banguna yang kedua merupakan dewan mesyuarat.

Di dalam balai kebudayaan yang berdua tingkat itu, setiap tingkat akan memaparkan pengetahuan tentang geografi Bahagian Timur Laut Selatan dan Wilayah Buri Ram, pertunjukan tentang komuniti purba Wilayah Buri Ram, pertunjukan jalanan kehidupan 4 etnik, pertunjukan barang purba pelbagai zaman, pertunjukan gajah dan pengutipan cukai dan pertunjukan keagaam dan kepercayaan. Selain daripada itu, terdapat pertunjukan barangan purba yang digali di kawasan Wilayah Buri Ram antaranya tembikar jenis tempayan, patung yang diukir daripada batu dan pinggang mangkuk.

interesting
Pusat Kebudayaan Bahagian Timur Laut Selatan Buri Ram
1. Pusat Kebudayaan Bahagian Timur Laut Selatan
2. Plaza

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Lapangan Terbang Buri Ram melalui jalan raya no. 219 dan 288 menuju ke pusat bandar Buri Ram, belok ke kiri mengikut jalan no. 218 atau Jalan Chira menuju ke Universiti Rajabhat Buri Ram.