Candi Mueang Tam
Candi Mueang Tam
044-782-715
Mukim Chorakhe Mak, Daerah Prakhon Chai, Wilayah Buri Ram
Dibuka setiap hari mulai 7:30 pagi-18:00 petang.
Bayaran kemasukan: Warga Thai 20 bath (tiket merangkumi Candi Mueang Tam dan Candi Phanom Rung adalah 30 bath)

Sejarah pembinaan Candi Mueang Tam tidak berapa jelas kerana tidak ditemui bukti tarikh pembinaan dan siapa selaku pembinanya. Walau bagaimanapun, bangunan candi ini berbentuk seperti senibina Khmer jenis Bapuan yang berumur sekitar tahun 782-1,007 Masihi dan juga berseni Khmer jenis Khlang yang berumur sekitar 965-1,012 Masihi sebagai bercampuran antara dua bentuk seni. Dianggapkan candi ini dibina sekitar abad yang ke-15 hingga abad ke-17 Buddha.

Candi Mueang Tam dibina sebagai tempat beribadat dalam agama Hindu. Diri candi mempunyai bentuk yang berbeza dari candi lain kerana terdapat candi besar ditengah-tengah kawasan candi dan dikelilingi oleh candi kecil setiap empat penjuru. Sekarang candi utama telah runtuh dan tinggal hanya tapak candi sahaja. Berdasarkan penggalian untuk memperbaiki candi oleh Jabatan Arkib Negara, terdapat ukiran batu pada pintu utama dan pintu gerbang candi. Candi utama diperbuat daripada batu pasir, manakala ukiran batu pada pintu utama berupa Dewa Indera yang sedang duduk dalam gaya Maharaja Lila Asana yang merupakan seni Khmer jenis Bapaun yang berumur separuh akhir abad ke-16 Buddha.

Di sini bukan hanya terdapat senibina dan seni kecantikan bangunan purba sehaja tetapi terdapat perkampungan lama yang terletak berkumpulan di dalam kawasan candi. Kedua-dua kawasan kependudukan manusia dan candi telah tinggal bersama sejak lama lagi.

interesting
Candi Mueang Tam
1.Candi Mueang Tam
2. Tasik Barai (Tasik Mueang Tam)
3. Pusat OTOP

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mulai dari Bandar Buri Ram menggunakan jalan raya no. 23 menuju ke daerah Prakhon Chai sejauh 44 kilometer menuju ke kampung Chorakhe Mak akan ternampak Candi Mueang Tam di tengah-tengah perjalanan.