Taman Negara Kepulauan Chumphon
Taman Negara Kepulauan Chumphon
077-558-144
Mukim Had Sairi, Daerah Mueang, Wilayah Chumphon
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang
Pembayaran kemasukan: dewasa 20 baht, kanak-kanak 20 baht

Jika sesiapa yang amat berminat dengan laut tetapi tidak suka pantai yang begitu ramai pelancong, kami mengesyorkan supaya datang ke sini, "Taman Negara Kepulauan Chumphon", pusat menyelam untuk melihat batu karang yang ramai mesti terjatuh cinta.

Kawasan Taman Negara Kepulauan Chumphon ini meliputi kawasan yang merupakan hutan bakau, bukit, pantai, dasar laut dan kepulauan-kepulauan kecil membuatkan terdapat activiti yang berpelbagaian. Contohnya di kawasan pejabat taman negara yang terletak di tengah-tengah hutan bakau, akan terdapat jalan mempelajari alam semulajadi di pinggir anak sungai yang menghulur masuk ke dalam hutan bakau. Kawasan tersebut sesuai untuk dipelajari benih tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan bakau.

Manakala pulau-pulau yang terdapat dalam kawasan taman negara pula terdapat sebanyak 40 buah pulau. Pulau yang dapat mengunjungi antaranya Pulau Matra yang sesuai untuk menyelam melihat batu karang kerana di sini terdapat garisan batu karang air cetek yang cantik beserta dengan kumpulan ikan yang banyak. Terdapat Pulau E-raed yang merupakan pulau batu kapur yang tiada pantai, tetapi disekelilingnya terdapat garisan batu karang dan akar bahar yang cantik, sesuai untuk mengayuh perahu dan menyelam di sini. Selain daripada itu, terdapat Pulau Rang Kacio yang merupakan pulau sarang burung yang dikonsesikan. Baginda Raja Rama V pernah mencemar duli mengunjungi dan telah mencatatkan nama baginda di dinding pintu masuk ke dalam gua bahagian Selatan pulau tersebut.

Jika sesiapa yang gemar menyelam air paras dalam, mesti ke Pulau Ngam Yai yang mempunyai batu karang di dasar laut yang amat subur. Manakala di Pulau Ngam Noi sering terdapat ikan yu. Selain daripada itu, terdapat Pulau Chorakhe, Pulau Thonglang, Pulau Lak Ngam untuk dikunjungi. Setiap pulau tersebut mempunyai batu karang yang cantik, akar bahar dan ikan air masin yang beraneka jenis.

Daya tarikan di Taman Negara Kepulauan Chumphon bukan hanya dengan dasar laut yang amat cantik, tetapi setiap tahun terdapat kegiatan tahunan mulai dari pertengahan bulan Oktober sehingga seterusnya iaitu lawatan melihat kehidupan pelbagai jenis burung helang yang terbang berhijrah ke kawasan tersebut lebih kurang sehari 8,000 ekor.

interesting
Taman Negara Kepulauan Chumphon
1. Hutan bakau
2. Jembatan tergantung
3. Pusat perkhidmatan pelancong.

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Menggunakan jalan raya no. 4 (Phet Kasem) menuju ke Wilayah Chumphon. Setelah sampai simpang empat Pathomphon, belok ke kiri lebih kurang 8 kilometer akan sampai bandar Chumphon. Terus ke jalan raya di dalam Wilayah no. 4001 antara daerah Mueang dengan Kuala Chumphon jauh 13 kilometer, sebelum sampai ke Kuala Chumphon, terdapat simpang tiga ke Pantai Had Sairi, belok kanan lebih kurang 20 meter akan ternampak persimpangan pula, belok kanan sekali lagi mengikut jalan Ro. Pho. Cho. laluan Ban Matsi-Had Sairi lebih kurang 9 kilometer akan ternampak papan tanda menuju ke taman negara.

Perjalanan melalui bas
Dari Perhentian Bas Selatan Baru, bas laluan Bangkok-Chumphon akan sampai ke Wilayah Chumphon. Selepas itu menaiki kereta pikap tanbang ke taman negara.

Menaiki bot menyaksi pulau
Anda dapat menghubungi pihak taman negara untuk menyewa bot pelancongan secara sewa keseluruhan sepanjang hari atau memilih tempat yang ingin pergi sahajapun boleh. Bot yang besar dapat memuat penumpang lebih kurang 10-15 orang.

BERITA
Berita
Antara bulan Mac-pertengahan bulan Oktober, kawasan taman negara akan dilanda tiupan angin monsun dari Barat Daya membuatkan hujan turun lebat dan terdapat ombak bargelora.