Pusat Pemandangan Bukit Matsi
Pusat Pemandangan Bukit Matsi
077-502-775
Mukim Na Cha-Ang, Daerah Mueang, Wilayah Chumphon
Dibukakan setiap hari

Pusat Pemandangan Bukit Matsi merupakan salah satu pusat pemandangan yang tercantik di Wilayah Chumphon kerana di sini, anda mampu melihat Komuniti Muara Sungai Chumphon dan Pantai Chumphon dengan pemandangan 360 darjah terutamanya ketika mentari terbenam ke dalam air laut, anda akan menikmati keindahan cahaya mentari yang tersentuh dengan permukaan air sedikit demi sedikit.

Selain daripada pemandangan yang cantik, di atas pusat pemandangan terdapat Patung Guanyin sedang berduduk seperti patung Jatukham Rammathep ke arah laut Chumphon. Jika memandang ke arah Barat akan ternampak perkampungan nelayan di Muara Chumphon. Berhampiran perkampungan nelayan tersebut di sebelah kanan akan ternampak Muara Sungai Chumphon yang digunakan oleh para nelayan dan pelancong masuk dan keluar ke Kepulauan Chumphon.

Seterusnya di sini terdapat kedai kopi komuniti kepunyaan Kampung Tham Sing yang merupakan kopi jenama termasyhur di Chumphon. Anda dapat menikmati kelazatan kopi sambil melihat pemandangan cantik di hadapan yang dijaminkan mempesonakan sehingga terlupa masa.

interesting
Pusat Pemandangan Bukit Matsi
1. Wat Pak Nam Chumphon
2. Pusat Pemandangan Bukit Matsi
3. Pantai Pharadornphap

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Menggunakan Jalan Chumphon-Muara Chumphon sejauh 10 kilometer sampai ke simpang belok ke kanan menuju ke Pantai Sairi, menaiki ke bongor lebih kurang 500 meter akan ternampak lengkungan belok ke kanan, memerhatikan jalan naik, Pusat Pemandangan Bukit Matsi akan ternampak di situ dengan kelencongan 30 darjah.