Wat Phra Barommathat Sawi
Wat Phra Barommathat Sawi
077-531-195
Mukim Sawi, Daerah Sawi, Wilayah Chumphon
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang.

Dari cerita dongeng yang mengatakan bahawa Raja Seri Dharmasokaraja berangkat bersama angkatan tentara baginda dan berhenti di kawasan Daerah Sawi, baginda telah menyaksi peristiwa ganjil iaitu gagak berwarna putih bersama gagak yang lain sedang teriak di atas bangunan runtuh. Baginda mengarahkan tentara supaya menggalikan runtuhan itu dan didapati tapak runtuhan itu adalah asas sebuah candi besar. Setelah menggali ke dasar bawah candi, bertemulah sebuah bekas yang diisi abu Buddha. Dengan itu, bagindapun bertitah supaya membina sebuah candi di atas runtuhan lama itu. Candi lama itu dikatakan telah dibina sejak zaman Ayutthaya lagi. Pada tahun 1916, candi tersebut diperbaiki semula dengan membina candi baru serkup di atas candi yang sedia ada.

Seni bina candi di kawasan ini mempunyai bentuk sama dengan Candi Phra Mahathat, Wat Phramahathat Wora Mahawihan di Wilayah Nakhon Si Thammarat. Manakala Candi Phra Baromthat Sawi berbentuk loceng serkup, dihias dengan pintu gerbang berbentuk kepala gajah dan di hadapan berukiran patung gergasi yang memegang pemukul berserta dengan tiang tiruan sebanyak 6 batang tiang. Di bahagian keempat-empat penjuru tapak candi terdapat replika candi sebagai hiasan pula.

Kini, bangunan candi diperbaiki semula dengan menggunakan bata mozek menutupi tetapi masih berbentuk asal beserta dengan pagar yang mengelilingi candi. Candi ini merupakan pusat kawasan purba yang penting terhadap sejarah negara Thai dan Wilayah Chumphon. Selain daripada itu, setiap hari Asalaha Puja pada setiap tahun, di adakan pesta menyelimut candi dengan kain kuning.

interesting
Wat Phra Barommathat Sawi
1. Wat Phrathat Sawi
2. Muzium

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mulai dari jembatan memasuki bandar Chumphon mengikuti jalan Phetkasem atau Asia 41, menuju ke Selatan sejauh 37 kilometer, membuat pusingan balik di bawah jambatan melangkahi Sungai Sawi, akan ternampak papan tanda wat di pintu masuk di sebelah kiri. Memandu lagi lebih kurang 200 meter akan sampai di wat.