Topekong Putra Chumphon
Topekong Putra Chumphon
077-501-831
Mukim Had Sairi, Daerah Mueang, Wilayah Chumphon
Dibuka setiap hari jam 08:00 pagi-20:00 malam

Di kawasan Pantai Sairi, Wilayah Chumphon merupakan tempat letaknya tugu peringatan kepada Putra Chumphon yang mendirikan angkatan tentara laut moden Thai sehingga digelarkan "Bapa Tentara Laut" atau "Sadej Tia" yang dihormati oleh para nelayan dan penduduk awam.

Topekong Putra Chumphon terletak di atas bangor sebelah Utara Pantai Sairi. Bangunan Topekong merupakan bangunan satu tingkat yang ditampal dengan batu marmar ke semua bangunannya yang berbentuk senibina Thai campuran. Di dalam topekong merupakan tempat terletaknya tokong Putra Chumphon yang berdiri dan memakai pakaian seragam tentara laut. Bahagian hadapan topekong menghadap ke arah laut, manakala bahagian belakang topekong pula terdapat bangunan dibina dengan batu marmar sebagai muzium yang memaparkan sejarah baginda putra dan barang kegunaan seharian baginda. Di hadapan topekong biasanya terdapat orang ramai yang datang menyembah dan berdoa kerana di sini dihormati oleh penduduk awam.

Selain daripada itu, terdapat pemeran pertunjukan kapal perang diraja Phra Ruang yang merupakan kapal yang digunakan oleh baginda Putra sebagai pusat pentadbiran. Kapal yang dipamerkan merupakan kapal bertopedo besar, kepanjangan kapal adalah 68 meter, luas 6.55 meter. Selepas dipencenkan pada tahun 1945, pihak angkatan tentara laut telah menyerah kapal tersebut kepada pihak Wilayah Chumphon supaya dipemerkan di situ.

interesting
Topekong Putra Chumphon
1. Taman Istana Putra Chumphon
2. Istana Putra Chumphon
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari bandar Chumphon melalui jalan raya no. 4001 lebih kurang 20 kilometer ke Pantai Sairi, di pantai itu akan ternampak Topekong Putra Chumphon.