Pantai Thung Wua Laen
Pantai Thung Wua Laen
077-501-831
Mukim Sa Phli, Daerah Pa Thio, Wilayah Chumphon
Dibuka setiap hari

Jika memerhatikan nama, ramai mungkin heran tentang asal usul nama tempat ini. Dikatakan bahawa tempat ini didapati daripada cerita dongeng sebuah teluk yang mempunyai pinggirnya penuh dengan hutan semak. Di dalam hutan semak itu terdapat pelbagai jenis haiwan dan kesemuanya sangat liar. Suatu hari, seorang pemburu membuat keputusan untuk meredah hutan tersebut dan terjumpa dengan seekor lembu yang berlari ke arahnya. Pemburu itupun menembak lembu yang bernasib malang sehingga terjatuh dan berteriak kesakitan sebelum mati di situ. Para pemburu bermuafakat melapahkan kulit lembu itu untuk dipanggang, tiba-tiba lembu yang sudah dilapah kulitnya separuhpun bangkit dan cabut lari masuk ke dalam hutan. Inilah asal usul nama bagi Pantai Thung Wua Laen atau Pantai Lembu Berlari.

Sekarang di sini tiada seekor lembu langsung, yang terdapat iaitu pantai pasir yang halus dan berlekuk seperti bulan sabit sepanjang 6 kilometer. Sepanjang pesisir pantai ini dipenuhi dengan sejajaran pokok ru lagi suasananya pula amat sunyi sesuai untuk merehatkan minda. Di hadapan pantai ini pula, anda mampu melihat Pulau Ngam Noi dan Pulau Ngam Yai secara nyata.

Selain daripada itu, di kawasan pantai ini terdapat restoran dan resort yang menyediakan perkhidmatan kepada para pelancong. Sesiapa yang gemar menyelam air cetek, dapat menyewa perahu sewa dan alat menyelam untuk ke beberapa buah pulau. Jika tidak ingin pergi jauh, anda boleh mengunjung hanya di sekitar kaki Bukit Pho Baek yang letak di bahagian Selatan pantai. Di sini anda akan melihat garisan pantai yang dipenuhi dengan batu karang di dalam air yang cetek sehingga dianggapkan sebagai salah satu tempat menyelam air cetek yang termasyhur di Wilayah Chumphon.

interesting
Pantai Thung Wua Laen
1. Pantai Thung Wua Laen
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari bandar, gunakan jalan Raya no.3180 lebih kurang 16 kilometer sehingga sampai di simpang tiga, belok kanan lebih kurang 2 kilometer, akan sampai ke Pantai Thung Wua Laen.