Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben Berdasarkan Titah Baginda Raja
Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben Berdasarkan Titah Baginda Raja
039-433-216
Mukim Khlong Khud, Daerah Tha Mai, Wilayah Chanthaburi.
Dibuka setiap hari Isnin-Jumaat 08:30 pagi-16:30 petang.

Berdasarkan titah baginda Raja Bhumiphol kepada Gabenor Wilayah Chanthaburi dalam pencarian kawasan yang sesuai untuk mendirikan Projek Pembangunan Pekerjaan Nelayan dan Pertanian di Kawasan Pinggir Pantai serta Pusat Pembelajaran Pembangunan di Kawasan Pinggir Pantai, maka terdirilah Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben.

Di sini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 4,000 rai. Sebanyak 200 rai merupakan hutan bakau tepi pantai yang disediakan untuk membaikpulih dan menguruskan sember alam di tepi pantai secara berterusan. Selain daripada itu, merupakan pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang didapati dari penyelidikan perikanan dan penternakan haiwan air kepada penduduk. Selain daripada itu pusat ini akan menjalankan pemuliharaan alam sekitar dan menjadi pusat pelancongan dari segi alam semula jadi yang tidak dapat dikecualikan.

Kawasan sekeliling hutan bakau terdapat jabatan untuk berjalan mempelajari alam sekitar. Pelancong dapat berjalan kaki ke tempat-tempat yang menarik melalui papan tanda yang memaparkan maklumat-maklumat seperti pokok api-api, berembang dan bakau. Selain daripada itu, anda dapat bertemu dengan haiwan air laut seperti ikan tembakul, ketam dan belengkas laut yang keluar mencari makan. Anda juga dapat menyedut udara nyaman di balai pemandangan yang berhulur keluar ke arah teluk sehingga dapat melihat barisan hutan bakau yang berpanjangan sejajar dengan permukaan air laut.

Selain daripada itu, pengetahuan tentang hutan bakau yang akan dapat membawa balik, pelancong juga akan dapat menyaksi jalanan kehidupan penduduk yang bekerja sebagai nelayan di sepanjang pesisiran pantai.

interesting
Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben Berdasarkan Titah Baginda Raja
1. Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben
2. Pesta pertanian
3. Pusat Pembelajaran Alam Sekitar Hutan Bakau Teluk Khung Kraben
4. Aquarium Haiwan Air Tawar Penghormatan Baginda Raja
5. Unit Demontrasi Penternakan Haiwan Air

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, anda dapat menggunakan jalan Sukhumvit menuju ke Wilayah Chanthaburi, pada kilometer yang ke 301-302 belok kanan di simpang Nong Singh, terus mengikuti jalan utama sejauh 27 kilometer yang akan melalui Wat Wang Hin, Wat Ramphan dan Wat Tha Sala. Setelah sampai ke simpang yang bertembung dengan jalan menuju ke Khung Wiman, belok kiri akan terdapat papan tanda menunjuk arah ke Pusat Pembelajaran Pembangunan Teluk Khung Kraben di sepanjang jalan itu.