Pantai Laem Sing
Pantai Laem Sing
039-499-555
Mukim Paknam Laem Sing, Wilayah Chantaburi
Dibukakan setiap hari

Pertukaran suasana dari pelancongan persisiran Pantai Cha-am atau Bang Saen kepada berihat melepaskan minda dan mencari kesunyian serta kecantikan Pantai Laem Sing, Wilayah Chantaburi mungkin satu pilihan yang baik.

Pantai Laem Sing merupakan pantai pasir di mulut Kuala Sungai Chanthaburi yang mengalir keluar ke Teluk Siam yang terletak jauh dari Jabatan Laem Sing hanya 300 meter. Pantai tersebut berpanjangan lebih kurang 1.5 kilometer. Di tepi pantai b begitu teduh dengan pokok ru yang tumbuh sejajar dengan pesisiran pantai berserta dengan kerusi yang digunakan untuk merehat minda serta pelbagai kedai yang menjual makanan beraneka jenis di tepi pantai.

Selain daripada kesunyian dan kecantikan pantai, di sini terdapat balai berehat di tengah-tengah air yang menghulur ke pantai. Penduduk memanggil balai tersebut dengan nama balai terapung. Balai tersebut terletak di tengah-tengah pantai yang panjang sehingga menjadi lambang Pantai Laem Sing. Sesiapa yang ingin bermandi air laut dapat dilakukan sepuas-puasnya kerana berdekatan pantai terdapat bilik mandi. Manakala sesiapa yang berminat melakukan aktiviti di tepi pantai, terdapat pula kedai menyediakan perkhidmatan banana boat. Selain daripada itu, orang yang minat menunggang basikal di sepanjang jalan pesisiran pantai, terdapat pula kedai yang memberi sewa basikal.

Selain daripada itu, pada hari biasa yang tidak ramai pelancong, anda akan mendapati para nelayan yang keluar memasang pukat sebagai salah satu kehidupan yang mudah didapati di kawasan ini. Sesiapa yang tidak berpuas bermandi-manda di Pantai Laem Sing, terdapat perahu sewa untuk menyelam di Pulau Chula dan Pulau Nom Sao.

interesting
Pantai Laem Sing
1. Bangunan merah
2. Penjara Khi Kai
3. Pantai
4. Taman Rom Klao

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mulai dari jalan Sukhumvit belok kanan di simpang tiga menuju ke daerah Laem Sing (jalan raya no. 3149), memandu lagi lebih kurang 15 kilometer sehingga sampai Muara Laem Sing terdapat simpang ke kiri untuk bertemu dengan jalan pesisiran Pantai Laem Sing.