Pantai Khung Wiman
Pantai Khung Wiman
039-417-254
Mukim Sanam Chai, Daerah Na Yai Am
Dibukakan setiap hari

Jika anda merupakan peminat laut dan ingin memandu kereta untuk melancung, anda tidak boleh mengabaikan jalan ini yang dianggapkan sebagai jalan yang tercantik di Bahagian Timur aiitu jalan pinggir pantai Khung Wiman atau Jalan Chalerm Burapha Chollathit. Jalan ini terletak sejajar dengan pantai Wilayah Chanthaburi melalui Pantai Khung Wiman, Pantai Khung Kraben dan Pantai Laem Sing. Di kedua-dua belah pinggir jalan ini merupakan pantai laut dan bukit sepanjang 111 kilometer.

Selepas memandu kereta menyaksi pemandangan yang indah sepanjang jalan sehingga sampai Pantai Khung Wiman, yang pantai bahagian Tengah dan Utara mempunyai pasir warna kuning bersih, airnya jernih dan suasana pula nyaman. Di kawasan tepi pantai pula terdapat restoran makanan laut dan resort serta rumah penginapan. Manakala pantai bagian Selatan itu terletak berhampiran dengan pusat pemandangan Nang Phaya yang dianggapkan sebagai tempat menyaksi pemandangan yang tercantik di kawasan ini. Selain daripada itu, terdapat pasangan kekasih yang menggantungkan kunci beregu sebagai tanda kasih sayang antara mereka.

Salah satu lagi pusat pemandangan yang tidak boleh dilupakan iaitu pusat pemandangan Luang Pho Phra Yeun yang dapat menyaksi suasana laut dari arah yang tinggi serta terdapat balai untuk berehat. Selain daripada itu, terdapat pusat pemandangan pantai Keb Tawan dan Pra Sangkhacai untuk melihat pemandangan laut yang cantik barulah anda cukup berpuas hati dengan pusat pemandangan.

interesting
Pantai Khung Wiman
1. Pantai pasir
2. Pusat pemandangan mentari terbenam
3. Pusat Pemandangan Pra Yeun
4. Pusat Pemandangan Pantai Keb Tawan
5. Pusat Pemandangan Nen Nang Phaya

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Gunakan jalan Sukhumvit (3) sehingga kilometer ke 301, belok kanan menuju ke jalan no. 3399, terus berjalan sehingga Bulatan Ikan Lumba-lumba, menuju terus lebih kurang 3 kilometer akan sampai ke bahagian tengah Pantai Khung Wiman. Jika ingin ke Pantai Khung Wiman Utara, belok kanan atau jika ingin ke Pantai Khung Wiman Selatan, belok kiri.