Taman Negara Air Terjun Phlio
Taman Negara Air Terjun Phlio
039-434-528
Mukim Phlio, Daerah Laem Sing, Wilayah Chanthaburi
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang.
Pembayaran kemasukan: dewasa 40 baht, kanak-kanak 20 baht

Udara di negara Thai itu panas sepanjang tahun. Jika tidak memilih untuk melancong ke laut, mestilah datang ke air terjun supaya bermandi-manda di tengah-tengah alam sekitar bukit-bukau. Di Chanthaburi, terdapat salah satu air terjun yang tidak dapat diabaikan iaitu Taman Negara Air Terjun Phlio. Taman negara ini merupakan pusat pelancongan untuk berehat yang baginda Raja Rama V telah berangkat menziarahi beberapa kali dan baginda telah memuji bahawa merupakan air terjun yang tercantik dalam semua air terjun yang baginda telah mengunjungi.

Taman Negara Air Terjun Phlio mempunyai kawasan meliputi daerah Mueang, daerah Laem Sing, daerah Khlung dan daerah Makham, Wilayah Chanthaburi yang terdiri daripada gunung tinggi dan hutan yang subur, membuatkan udara di sini segar dan nyaman sepanjang tahun. Manakala Air terjun Phlio itu merupakan air terjun yang besar yang terjadi dari dua batang tali air yang mengalir melalui celahan batu sehingga terjadi takungan air yang jernih sehingga dapat melihat dasar takungan itu beserta dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Selain daripada dapat bermandi-manda menghilangkan kepanasan, pihak taman negara telah mencipta jalan untuk mempelajari alam sekitar demi mengetahui keadaan kesuburan hutan, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis haiwan.

Tidak terhad sekadar itu sahaja, di kawasan Air Terjun Phlio merupakan kawasan penting dari segi sejarah kerana merupakan tempat terletaknya tugu peringatan Phra Nang Rua Lom yang dibinakan pada zaman Raja Rama V sebagai lambang peringatan kepada Ratu Sunandha Kumariratana kerana baginda ratu begitu amat gemar air terjun tersebut. Selain daripada itu, terdapat candi Alongkorn yang dibinakan oleh baginda Raja Rama V dan Ratu Sunandha Kumariratana di kawasan cerun bukit di hadapan air terjun Phlio sebagai peringatan keberangkatan baginda berdua ke air terjun tersebut. Dengan itu, tempat ini bukan hanya tempat berehat minda untuk para pelancong, tetapi juga merupakan tempat yang bersejarah pula.

Selain daripada itu, terdapat pula tempat pelancongan dari segi alam sekitar yang menarik seperti Air Terjun Khlong Narai di Unit Penjagaan Taman Negara Pho. Lo. 3 (Khlong Narai) yang mesti berjalan kaki ke dalam hutan tebal sejauh 2.5 kilometer akan terjumpa dengan air terjun yang mengalir berlapisan aari cerun bukit setinggi 25 meter. Terdapat pula Air Terjun Trok Nong di Unit Penjagaan Taman Negara Pho. Lo. 1 (Trok Nong) dengan berjalan kaki sejauh 2 kilometer akan berjumpa air terjun yang mempunyai air mengalir sepanjang tahun dan keadaan hutan subur dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

interesting
Taman Negara Air Terjun Phlio
1. Air Terjun Phlio
2. Air Terjun Khlong Narai
3. Kampung Ang
4. Air Terjun Makok
5. Air Terjun Trok Nong
6. Kongsi Rai

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta terdapat dua jalan utama iaitu
1. Perjalanan mengikuti jalan raya no. 3 (Jalan Sukhumvit) laluan Bangna-Trad sehingga batu kilometer yang ke 347, belok kiri lebih kurang 2.5 kilometer akan sampai ke Pejabat Taman Negara Air Terjun Phlio.

2. Perjalanan mengikut jalan raya no. 317 simpang ke jalan laluan Banbueng-Klaeng memasuki Chanthaburi (mengikut jalan Laluan Bangna-Trad) sehingga batu kilometer ke 347, belok ke kiri lebih kurang 2.5 kilometer akan sampai ke Pejabat Taman Negara Air Terjun Phlio.