Komuniti Pinggir Sungai Chanthabun
Komuniti Pinggir Sungai Chanthabun
081-945-5761
Mukim Watmai, Daerah Mueang, Wilayah Chanthaburi
Dibukakan setiap hari.

Komuniti pinggir sungai Chanthabun Merupakan komuniti lama yang terletak di pinggir sungai Chanthaburi bahagian Barat. Komuniti ini dahulunya dipanggil "Ban Lum" yang merupakan komuniti orang China dan Vietnam yang berhijrah ke negara Thai sejak zaman awal Ratanakosin lagi.

Komuniti lama yang berusia lebih daripada 300 tahun ini dipenuhi dengan rumah lama pelbagai bentuk antaranya rumah pinggir air ala Thai, bangunan seni bina Eropah bercampuran Cina, gereja Kristian berusia lebih daripada 200 tahun dan gereja Phra Nang Maria Patisonthi Niramala. Perjalanan dalam persekitaran komuniti ini lebih kurang 1 kilometer dengan peta yang ditampal untuk dilihat oleh pelancong atau dapat juga menunggang basikal untuk mengelilinginya. Peta itu akan menunjukkan tempat-tempat yang penting untuk dikunjungi seperti Balai Ce Thiang Seng Tung, balai vegitarian yang berusia lebih daripada 100 tahun, Jalan Sukhaphiban yang merupakan jalan kecil yang penuh dengan rumah-rumah lama dan rumah no. 68 kepunyaan Khun Anusorn Sombat yang merupakan rumah untuk mempelajari komuniti pinggir sungai Chanthabun yang dikumpul sejarah komuniti tersebut dalam bentuk gambar lama dan alat penggunaan seharian zaman purba supaya disaksi oleh para pelancong.

Selain daripada itu, di sini terdapat gereja Katholik atau Gereja Phra Nang Maria Patisonthi Niramala yang berusia lebih daripada 100 tahun yang cantik dan sempurna dari segi seni bentuk luaran dan dalaman. Sesiapa yang ingin menyaksi kecantikan dalaman gereja dibenarkan memasuki hanya pada hari Isnin-Sabtu jam 08:30 pagi-12:00 tengah hari dan jam 13.00-16.30 petang. Manakala hari Ahad, para penganut agama Kristian akan menggunakan gereja untuk beribadah.

interesting
Komuniti Pinggir Sungai Chanthabun
1. Rumah no.69
2. Rumah no.148
3. Topekong Thai Sue Kong
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Setelah sampai ke Wilayah Chanthaburi melalui Tugu Tiang Wilayah di kawasan hadapan Kem Tentara Taksin, memandu kereta terus ke hadapan balai polis tempatan Wilayah Chanthaburi terus sampai ke Jambatan Wat Chan, cari tempat letak kereta di komuniti kawasan Thaluang yang terletak di sebelah kanan atau meletak kereta di Sekolah Satri Manda Phithak di seberang gereja Kristian Mueang Chan dan berjalan kaki melalui jambatan untuk menyaksi bangunan lamapun boleh.

Melalui pengangkutan awam atau van
Anda mampu menaiki kereta di stesen yang berkhidmat setiap hari mulai 06:00 pagi sehingga 07:00 malam. Van akan berhenti di Pasar Raya Robinsan, selepas itu menunggang motorsikal sewa untuk ke Jambatan Wat Chan.

Melalui bas berhawa dingin
Syarikat Pengangkutan Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan dari stesen bas bahagian Utara (Ekamai) dan Mochit setiap hari mulai jam 04:00 pagi sehingga jam 12:00 malam, bas bertolak setiap jam. Maklumat selanjutnya sila hubungi no. telefon 02-3418097 atau 02-3912504 atau laman web www.transport.co.th, selain daripada itu terdapat perkhidmatan bas swasta di situ juga.