Taman Negara Khao Khitchakut
Taman Negara Khao Khitchakut
039-452-074
Mukim Phluang, Daerah Khao Khitchakut, Wilayah Chanthaburi
Dibuka setiap hari jam 6:00 pagi-18:00 petang.
Dalam tempoh masa pesta pengunjungan bekas tapak kaki Buddha akan dibukakan supaya pelancong datang mengunjungi bekas tapak kaki Buddha sepanjang 24 jam.
Pembayaran kemasukan: Dewasa 40 baht, kanak-kanak 20 baht.

Untuk penganut agama Buddha yang kuat kepercayaannya memang mereka mesti mengetahui “bekas tapak kaki “Bukit Khitchakut” atau “Phrabat Luang”. Dalam tempoh pesta Hari Raya Cina sehingga hari Makhapucha tahunan, akan terdapat ramai penduduk yang menaiki tangga untuk menziarahi bekas tapak kaki Buddha di sini yang dianggapkan sebagai bekas tapak kaki yang terletak tertinggi di negara Thai kerana terletak di atas bukit tinggi dari paras air laut pertengahan 1,000 meter lagi terletak di dalam kawasan Taman Negara Khao Khitchakut.

Taman Negara Khao Khitchakut mempunyai kawasan yang meliputi daerah Makham dan daerah Khao Khitchakut. Selain daripada budaya berjalan kaki ke bukit Khitchakut yang dilakukan secara turun temurun, di taman Negara Khao Khitchakut terdapat tempat pelancongan dari segi alam sekitar lain untuk dikunjungi seperti Air Terjun Krathing, Air Terjun Khlong Changse dan Air Terjun Khlong Praiwal.

Pusat Pelancongan
Puncak Bukit Prabat atau Bukit Khitchakut
Terletak tidak jauh dari pejabat taman negara hanya 16.5 kilometer sahaja. Dapat menjalani Perjalanan melalui kereta sejauh 10 kilometer dan berjalan kaki lagi 6.5 kilometer. Di kawasan puncak bukit, terdapat kejadian geologi yang berkait dengan cerita dongeng agama Buddha seperti bekas tapak kaki Buddha yang di hormati oleh penduduk Chanthaburi dan Wilayah-Wilayah persekitarannya.

Keadaan kawasan puncak Bukit Prabat terdapat batu-batan pelbagai bentuk yang unik dan mempunyai cerita dongeng tersendiri seperti batu bat serkup, batu candi, gua petapa, padang tandingan memandu Dewa Indera, batu berbentuk kura-kura dan gajah. Masa yang dibukakan untuk pelancong mengunjungi tidak sama setiap tahun, biasanya sebelum atau selepas Hari Raya Cina selama 3 bulan. Penduduk berpuluhan ribu akan berjalan kaki untuk menziarahi bekas tapak kaki Buddha di puncak bukit sehingga dijadikan pesta tahunan yang penting di Wilayah Chantaburi.

Selain daripada itu, di puncak bukit Prabat terdapat udara yang sejuk dan pemandangan yang begitu cantik kerana dapat melihat kecantikan pantai Teluk Siam. Pada zaman Peperangan Dunia Kedua, Perancis telah menduduki Wilayah Chanthaburi dan menggunakan puncak bukit ini sebagi tapak teropong memantau seteru dari sebelah laut dan menciptakan peta sahingga puncak bukit ini dipanggil juga dengan nama Tapak Kedudukan Perancis atau Bukit Teropong.

Air Terjun Krathing
Hulu sungai air terjun ini berpunca dari Gunung Khitchakut. Air terjun ini mempunyai 13 lapisan, setiap lapisan mempunyai kecantikan yang tersendiri dan terdapat pula kolam yang airnya jernih. Selain daripada itu, terdapat tembuh-tembuhan jenis mos, fen yang penuh bertumbuh di sepanjang tali air yang begitu hijau. Lapisan air terjun yang tercantik ialah lapisan yang ke-8 dan yang ke-9 kerana terdapat air terjun dari cerum yang tinggi sehingga terjadi tempias air yang berkecai. Manakala lapisan yang ke-10, airnya sangat deras dan tiada kolam, tetapi mempunyai pemandangan yang mampu melihat Empangan Thung Plae dan hutan tebal yang ketat meliputi kawasan di bawah. Air Terjun Krathing terletak jauh dari taman negara hanya 500 meter. Anda mampu mengayuh kenu untuk menyaksi kecantikan alam semula jadi di persekitaran Empangan Had Krathing dan Air Terjun Krathing.

Air Terjun Khlong Phaibun
Merupakan air terjun yang besar dan sesuai untuk bermandi–manda serta rehat minda. Suasananya pula nyaman. Air terjun ini terletak dalam kawasan Pusat Penjagaan Taman Negara Ko. Kho. Kedua (Khlong Phaibun) yang terletak jauh dari pejabat taman negara sejauh 8 kilometer.

interesting
Taman Negara Khao Khitchakut
1. Balai pemeriksaan
2. Pusat informasi
3. Kampung Khitchakut
4. Pejabat taman negara
5. Rumah penginapan
6. Air Terjun Krathing

MAP
TRAVEL

Perjalan melaui kereta
Menuju ke Jalan Sukhumvit setelah sampai Simpang Empat Khao Rai Ya, belok ke kiri mengikuti jalan raya no. 3249 lebih kurang 24 kilometer akan sampai Taman Negara Khao Khitchakut.

BERITA
Berita
Pesta Pengunjungan Bekas Tapak Kaki Buddha Khao Khitchakut tahun 2016 diadakan antara 16 Febuari-7 April.