Taman Awam Raja Taksin
Taman Awam Raja Taksin
039-350-224
Jalan Thaluang, Mukim Watmai, Daerah Mueang, Wilayah Chanthaburi
Dibuka setiap jam 5:00 pagi-21:30 malam

Taman Awam Raja Taksin merupakan taman awam yang berkeluasan 300 rai di tengah-tengah Bandar Chanthaburi yang penduduknya gemar datang merehat minda. Pada masa pesta, taman awam ini akan dijadikan sebagai tapak pesta tahunan Wilayah.

Di dalam kawasan taman, terdapat kubang di sekeliling yang digunakan sebagai tempat penternakan ikan oleh Jabatan Perikanan Wilayah. Suasana taman dipenuhi dengan pokok-pokok yang dihiaskan menjadi taman yang cantik. Di sini udara nyaman, sesuai untuk menjadi tempat bersukan atau menghampar tikar duduk berjamu selera di atas padang rumput.

Terdapat akitiviti yang tidak patut ditinggalkan iaitu mengunjungi patung peringatan Raja Taksin menunggang kuda bersama para tentara baginda seramai 4 orang (iaitu Pra Chiang Ngen, Luang Phichai Asa, Luang Phrom Sena dan Luang Raja Saneha) yang terletak di tengah-tengah pulau kecil di tengah-tengah kolam besar. Patung peringatan ini dibina sebagai tanda peringatan kepada Raja Taksin yang telah memilih Wilayah Chanthaburi sebagai pusat pengumpulan bala tentera untuk memerdekaan Ayutthaya dari Burma.

Selain daripada itu, taman ini juga terletak berdekatan dengan pasar permata yang terbesar di negara Thai. Jika sesiapa yang ingin melihat suasana pembelian dan penjualan permata pelbagai jenis secara meriuh, sila datang mengunjungi pada hari Jumaat-Ahad jam 10:00 pagi-15:00 petang

interesting
Taman Awam Raja Taksin
1. Tugu Peringatan Raja Taksin
2. Padang tiga persegi
3. Kedai
4. Jambatan

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Terletak di Jalan Thaluang berhadapan sipi dengan Pejabat Pentadbiran Wilayah, di tepi Jalan Liab Hin mulai dari simpang empat Jalan Thaluang berhampiran dengan Jalan Phraya Trang, memandu terus lebih kurang 200 meter memasuki Jalan Liab Mueang, taman awan terletak di sebelah kiri.