Gereja Phranang Maria Patisonthi Niramala
Gereja Phranang Maria Patisonthi Niramala
039-311-578
Mukim Chanthanimit, Daerah Mueang, Wilayah Chanthaburi
Dibuka pada hari Isnin-Sabtu jam 8:30 pagi-12:00 tengah hari dan 13:00-16:30 petang.
Dibuka juga pada hari Ahad jam 12:00 tengah hari-16:30 petang.

Geraja Phranang Maria Patisonthi Niramala atau gereja Phramae Patisonthi Niramala, bukan hanya merupakan salah satu gereja penganut agama Kristian Roman Katolik yang tercantik, tetapi di sini terdapat sejarah bersama dengan Wilayah Chanthaburi sejak lama lagi. Di sinilah terdapat senibina Cothic dan kecantikan patung Maria yang dihias dengan pelbagai jenis permata termasyhur dari perlombongan di Wilayah Chanthaburi.

Mengikut sejarah didapati bahawa gereja ini merupakan pusat perhimpunan penduduk Yuan dari Vietnam beragama Kristian Roman Katolik yang berhijrah ke negara Thai sejak zaman Ayutthaya lagi. Gereja ini merupakan gereja katolik yang terbesar di negara Thai dan dipercayakan ditiru model dari Gereja Notre-Dame di Perancis.

Bangunan yang berusia 100 tahun lebih ini merupakan bangunan yang kelima, manakala komuniti yang mendirikan gereja tersebut telah dibangunkan sejak zaman Ayutthaya iaitu pada 300 tahun yang lalu. Di dalam bangunan gereja, dihias cantik dengan kayu ukiran dan cermin warna-warni standglass berupa paderi dalam agama Kristian. Di lelangit bangunan berbentuk badan perahu Nabi Nuh dan terdapat tangga berpusing untuk ke tingkat atas yang dikhaskan untuk majlis-majlis penting. Selain daripada kecantikan gereja, terdapat pula kecantikan patung Maria yang dihias dengan permata-permata pelbagai jenis.

Di sini merupakan pusat perhimpunan kepercayaan dan kerohanian penganut agama Kristian di Wilayah Chanthaburi meliputi kawasan pinggir laut Bahagian Timur lain. Jika sesiapa yang ingin mengunjungi gereja tersebut, diminta memakai pakaian sopan dan mengambil perhatian mengikut peraturan penziarahan gereja tersebut.

interesting
Gereja Phranang Maria Patisonthi Niramala
1. Gereja Katoli
2. Rumah penginapan Sami Buddha
3. Kedai
4. Bangunan Santisuk
5. Sekolah
6. Tugu peringatan Maria
7. Komuniti tepi sungai

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari bandar menuju melalui Jambatan Wat Chan terus ke Jalan Chanthanimit akan mendapati persimpangan menuju ke Gereja Katolik.

BERITA
Berita
Sek Susan tahun 2016
Malam hari Jumaat, 4 November 2016 jam 19:00 malam dan pagi Sabtu 5 November 2016 jam 7:00 pagi.
Perayaan Komuniti Kepercayaan Wat Pra Khrit Raja Patong
Pada hari Sabtu 12 November 2016 jam 10:30 pagi.
Perayaan komuniti kepercayaan Wat Mae Phra Musu
Pada hari Sabtu 19 November 2016 jam 10:30 pagi.
Perayaan Komuniti Kepercayaan Gereja Phra Nang Maria Patisonthi Niramala, Chanthaburi
Pada hari Sabtu 10 Disember 2016 jam 10:30 pagi.
Perayaan Komuniti Kepercayaan Wat Nakbun John Akharasawok Makham
Pada hari Sabtu 17 Disember 2016 jam 10:30 pagi.
Perayaan Hari Krismas Tahun 2016
Pada hari Sabtu 24 Disember 2016.