Topekong Raja Taksin
Topekong Raja Taksin
038-655-420
Jalan Thaluang, Daerah Mueang, Wilayah Chanthaburi
Dibukakan setiap hari jam 5:30 pagi-20:00 malam

Topekong Raja Taksin merupakan salah satu tempat yang terpenting di Wilayah Chantaburi yang menunjukkan kasih sayang penduduk terhadap Raja Taksin sehingga dikatakan bahawa jika tidak datang mengunjungi topekong ini, dianggapkan belum sampai ke Wilayah Chanthaburi.

Pada awalnya, topekong ini merupakan hanya topekong kayu yang terletak di hadapan Topekong Tiang Wilayah sahaja. Kemudian pada zaman Yang Mulia Saritdej Chayangkun, pemerintahan Monthon Chanthaburi telah membina topekong semula pada tahun 1920 di kawasan hadapan Kem Tentera Betalion yang terletak bertentangan dengan Topekong Tiang Wilayah. Sekarang topekong yang dibina baru itu berbentuk sembilan segi. Bumbungnya berbentuk topi yang bermuncung tinggi. Di dalam topekong tersebut terletak tokong Raja Taksin yang diperbuat daripada tembaga hitam dan duduk di atas kerusi diraja. Manakala dinding dilukis dengan seni lukisan Thai bergambar rumpun padi yang tercantik. Manakala topekong yang lama masih terletak berhampiran di situ juga.

Jika sesiapa yang mengunjungi Wilayah Chanthaburi, mestilah menziarahi tempat-tempat yang dihormati di Wilayah ini sebelum menuju ke destinasi lain. Jika sesiapa yang datang pada 28 Disember yang merupakan hari kenaikan takhta baginda Raja Taksin, setiap tahun akan mendapati penghadiahan barangan keperluan kepada sami Buddha selaku penghormatan kepada budi dan jasa baginda raja yang berusaha memerdekakan negara Thai dari jajahan Burma.

interesting
Topekong Raja Taksin
1. Topekong Raja Taksin
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dengan menggunakan jalan raya no.3, setelah sampai simpang empat Raiya, belok ke kanan menuju ke jalan raya no.316 lebih kurang 6 kilometer akan sampai Simpang Empat Praya Trang, belok ke kiri ke Jalan Thaluang akan mendapati Kem Tentera Taksin terletak di sebelah kiri.