Kem Tentara Taksin
Kem Tentara Taksin
038-655-420
Kem Tentara Taksin, Daerah Mueang, Wilayah Chanthaburi
Dibukakan setiap hari jam 8:00 pagi-17:00 petang.

Kem Tentara Taksin, Wilayah Chanthaburi merupakan salah satu lagi tempat pelancongan yang terpenting dari segi sejarah yang penduduk Thai tidak boleh diabaikan. Dikatakan bahawa raja Taksin telah memecahkan bekalan makanan beliau di kem ini untuk menyerang negeri Chanthaburi pada ketika itu sebelum menjadikan sebagai tapak pengumpulan tenaga dan kuasa demi menebus kembali Ayutthaya dari jajahan Burma pada tahun 1767.

Pada tahun 1893, Perancis berusaha memperluaskan kuasanya terhadap Laos dan Kamboja, lalu memaksa dan memberi kata putus supaya Thai menyerahkan Laos bahagian kiri sungai Khong dan Kemboja bahagian luar kepada Perancis dan Perancis pula menduduki negeri Chanthaburi sebagai tawanan. Perancis memilih Chanthaburi sebagai tawanan kerana memandang bahawa Chanthaburi mempunyai kepentingan dari segi geografi dan sebagai pusat pemantauan Teluk Siam dalam menghubungi dengan semenanjung tanah Melayu yang dikuasai oleh British ketika itu. Selain daripada itu, kerana Chanthaburi merupakan jalan laluan ke tiga Wilayah Timur yang subur dengan sumber alam. Pasukan tentara Perancis telah mendirikan kem tentara mereka di kawasan kem tentara Taksin sekarang dan di Muara Laem Sing serta mendirikan beberapa buah bangunan di situ.

Walau sekarang Kem Tentara Raja Taksin telah menjadi tapak terletaknya Kem Tentara Betalion Cawangan 2 di bawah Kem Tentara Betalion Pertama, Jabatan Angkatan Tentara Darat, tetapi masih mempunyai kesan sejarah untuk dikunjungi oleh para pelancong antaranya benteng negeri Chanthaburi sebelum Raja Taksin memasuki negeri itu untuk meminta bantuan membebaskan negara, kawasan Raja Taksin memecahkan bekalan makanan sebelum menyerang negeri Chanthaburi dan bangunan lama yang dibina oleh Perancis ketika Perancis menduduki Chanthaburi selama 10 tahun.

interesting
Kem Tentara Taksin
1. Kem Tentara Taksin
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Menggunakan jalan raya no. 3, setelah sampai ke simpang empat Khao Rai Ya, belok ke kanan menuju ke jalan raya no. 316 lebih kurang 6 kilometer sampai ke simpang empat Praya Trang, belok ke kiri terus ke jalan Tha Luang, terus lagi akan terjumpa Kem Tentara Taksin di sebelah kiri.