Taman Sejarah Kamphaeng Phet
Taman Sejarah Kamphaeng Phet
055-854-736
Mukim Nong Pling, Daerah Mueang, Wilayah Kampheng Phet
Dibuka setiap hari jama 8:00 pagi-6:30 petang
Kawasan dalam benteng : warga Thai 20 baht
Kawasan luar benteng : warga Thai 20 baht
Tiket bersepadu : warga Thai 30 baht (dapat memasuki kedua-dua kawasan)

Taman Sejarah Kamphaeng Phet terletak di sebelah Timur Sungai Ping dengan kawasannya seluas 3.4 kilometer persegi. Taman tersebut dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan dalam benteng seluas 503 rai dan kawasan luar benteng seluas 1,611 rai. Jabatan Kesenian Negara telah menentukan tanah kepunyaan Taman Sejarah Kamphaeng Phet adalah seluas 2,114 rai.

Kumpulan tempat bersejarah di dalam kawasan taman merupakan karya senibina yang mempunyai identiti tersendiri antaranya dibinakan dengan batu berkesenian purba mengikut kepervayaan orang zaman dahulu. Tempat bersejarah ini terletak di dalam hutan semula jadi yang masih mengekalkan suasana kawasan beribadat dalam hutan seperti dahulu antaranya Wat Phra Kaew yang terletak di dalam kawasan dalam benteng. Wat ini merupakan wat yang terbesar. Selain daripada itu, terdapat Wat Phra That yang terletak di hadapan Wat Phra Kaew. Manakala di bahagian Utara Wat Phra Kaew pula terdapat istana lama atau Kolam Mon. Di sini merupakan tempat yang digali dan terjumpa sisa bata bumbung, tembikar dan barangan kegunaan seharian serta terdapat Topekong Iswara yang merupakan hanya satu-satu topekong Hindu yang terjumpa di Kampheng Phet.

Manakala di kawasan luar benteng terdapat banyak tempat-tempat bersejarah lain antaranya Wat Phra Non, Wat Phra Si Iriyabot, Wat Chang Rob, Wat Phra Sing, Wat Awat Yai, Wat Phra Baromma That, Wat Sum Ko, Wat Chedi Klang Thung, Wat Nong Phikun dan Benteng Pom Thung Setthi.

interesting
Taman Sejarah Kamphaeng Phet
1. Wat Chang Rob
2. Wat Phra Si Iriyabot
3. Wat Sing
4. Wat Phra Non
5. Wat Awat Yai
6. Wat Klang Nakhon
7. Kubu Chao Chan
8. Wat Phra That
9. Pusat Perkhidmatan Informasi Pelancong
10. Muzium
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Kampheng Phet lebih kurang 5 kilometer mengikuti jalan Kampheng Phet-Phran Kratai, belok kiri pada kilometer yang ke-360.