Taman Negara Phu Ruea
Taman Negara Phu Ruea
042-881-716
Mukim Nong Bua, Daerah Phu Ruea, Wilayah Leoi
Dibuka setiap hari jam 05:00 pagi-20:00 malam.
Bayaran kemasukan: dewasa 40 baht, kanak-kanak 20 baht, Menyewa khemah seorang 30 baht.

Udara yang sejuk dan kabus yang mempesona merupakan salah satu alas an untuk bangun pagi menikmati keindahan alam sekitar di atas puncak Phirua, tempat menyaksi pemandangan yang tercantik di Taman Negara Phu Ruea.

Asal usul Phu Ruea adalah kerana bentuk salah satu bukit yang menghulur keluar berbentuk seumpama kapal besar. Manakala di puncak bukit pula terdapat tanah rata yang dianggap sebagai perut kapal. Kawasan hutan di sini mengelilingi bukit tinggi dan rendah berselisihan dengan tanah rata. Terdapat gunung yang tertinggi iaitu puncak gunung Phu Ruea yang tinggi 1,365 meter dari paras air laut sederhana. Selain daripada itu, terdapat bukit tinggi yang lain seperti Bukit Phusan dan Bukit Phukuk. Oleh sebab keadaan geografi sebegini, membuatkan terdapat tali air penting yang merupakan sumber sungai-sungai seperti Sungai Huai Phai yang bersumber dari Air Terjun Huai Phai yang cantik.

Taman Negara Phu Ruea mempunyai keadaan geologi yang agak berasingan berdasarkan keruntuhan lapisan batu pasir membuatkan terdapat batu pelbagai bentuk yang berlainan seperti batu kura-kura, batu lembu laga, batu periuk, batu bekas sirih pinang, batu kepala Dewa Siwa dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, terdapat Taman Batu Phali yang merupakan batu bulat dan batu pasir yang tersusun di atas batu marmar. Selain daripada itu, terdapat kawasan batu timbul kerana lapisan tanah yang nipis sehingga terjadi ladang rumput yang luas bertukar hutan ru antaranya Halaman Sao Ae.

Masa yang amat sesuai untuk mendaki melihat kecantikan Taman Negara Phu Ruea iaitu waktu pagi sebelum mentari keluar. Anda akan ternampak gambaran kabus yang meliputi semua kawasan seumpama salji yang dipancarkan cahaya kuning mentari waktu pagi. Setelah kabus berkurangan, akan ternampak pula pemandangan yang cantik di hadapan. pusat pemandangan yang disyorkan iaitu Pha Lon Noi yang dapat melihat Phu Luang Phu Phasad, Phukrang, lautan gunung-ganang dan puncak Phu Ruea yang dapat melihat Sungai Huang dan Sungai Khong, sungai yang menjadi sempadan Thai-Laos. Selain daripada itu, di atas puncak Phu Ruea merupakan tempat terletaknya patung Buddha Navabanphot yang dipindahkan dari Wilayah Ayutthaya.

interesting
Taman Negara Phu Ruea
1. Puncak Phu Ruea
2. Padang Kuang Tai
3. Phu Lon Noi
4. Batu kura-kura
5. Air Terjun Hin Sam Chan
6. Taman Hin Phali
7. Pha Sam Thong
8. Ladang Sao-e
9. Pusat Pemandangan Decho
10. Air Terjun Huai Phai
11. Balai pengutipan bayaran kemasukan
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Taman Negara Phu Ruea terletak jauh dari Bandar Leoi lebih kurang 48 kilometer. Dapat ke sana melalui jalan raya no. 203. Setelah sampai Daerah Phu Ruea, akan ternampak papan tanda taman negara di pintu masuk di pinggir pejabat pentadbiran daerah (terdapat 7-eleven di jalan masuk ke lorong). Terus lagi lebih kurang 4 kilometer akan sampai taman negara. Jika sesiapa tidak yakin tentang penjalanan, boleh menyewa kereta tambang dari pasar pagi di jalan masuk.

Perjalanan melalui kereta tambang
Dari Bangkok, anda dapat menaiki bas dari Perhentian Bas Mo Chit yang terdapat banyak syarikat bas, bas akan hantar sampai ke pasar pagi berdekatan jalan masuk ke taman negara dan ambil kereta pikap tambang masuk ke taman negara.