Taman Negara Phu Kradueng
Taman Negara Phu Kradueng
042-810-833
Mukim Si Than, Daerah Phu Kradueng. Wilayah Loei
Dibuka setiap hari jam 7:00 pagi-14:00 petang hanya pada musim pelancangan bulan Oktober-Mei setiap tahun.
Ditutup pada bulan Jun-September setiap tahun.
Bayaran kemasukan: Dewasa 40 bath, kanak 20 bath.

Ramai yang mengatakan bahawa jika ingin menguji kesetiaan cinta pasangan kekasih mesti mencari peluang berjalan kaki ke Taman Negera Phu Kradueng hanya satu kali kerana perjalanan kaki ke puncak bukit sepanjang 9 kilometer akan memberitahu anda bahawa orang yang berjalan bersama anda itu adalah mempunyai cinta sejati atau tidak. Sekiranya berkelahi di tengah-tengah perjalanan, dipercayai bahawa setelah sampai ke puncak bukit dan dapat melihat pemandangan yang cantik, pasangan kekasih itu akan kembali berbaik.

Phu Kradueng merupakan bukit batu pasir yang puncaknya seperti dipotong menjadi rata dan terdapat tanah rata yang luas. Jika melihat gambar yang diambil dari udara akan ternampak tanah rata tersebut berbentuk hati. Ketinggiannya adalah 400-1,200 meter dari paras air laut pertengahan. Keadaan sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok dan pelbagai jenis haiwan. Di atas, terdapat padang rumput, cerun, air terjun dan anak sungai. Selain daripada itu, terdapt hulu air Sungai Lamnam Phong yang merupakan hulu sungai terpenting di bahagian Timur Laut Thailand.

Manakala pusat pelancongan yang menarik di atas Phu Kradueng antaranya Pha Nok-en yang merupakan tempat melihat mentari memancar cahaya pagi dan terletak jauh dari Pusat Perkhidmatan Pelancong Wang Kwang hanya 2 kilometer, Pha Lomsak terletak jauh dari Pusat Perkhidmatan Pelancong Wang Kwang lebih kurang 9 kilometer yang merupakan tempat melihat mentari terbenam yang amat cantik. Jika sesiapa yang tidak ingin berjalan kaki jauh, anda dapat pergi ke Pha Mak Duk yang terletak jauh dari Pusat Perkhidmatan Pelancong Wang Kwang hanya 2.5 kilometer sahaja. Jika sesiapa yang ingin ke air terjun, di sini terdapat berpuluh-puluhan air terjun yang bertaburan dan jarak jauh antara satu sama lain berbeza terletak di atas kegagahan kaki masing-masing tetapi kecantikan air terjun itu, dijamin cantik tidak dapat terperi.

Perjalan ke atas Phu Kradueng itu, pihak taman negara mengizinkan pelancong mendaki mulai jam 07:00 pagi-14:00 petang setiap hari kerana mesti menggunakan masa berjalan kaki lebih kurang 4-5 jam. Jika mendaki selepas masa yang ditetapkan, mungkin akan dapat bahaya dari binatang buas yang keluar mencari makan pada waktu malam. Selain itu, setiap tahun pihak taman negara akan membuka tempoh masa untuk melancong dan menginap di atas sana mulai 1 Oktober-31 Mei dan akan ditutup mulai 1 Jun-30 September supaya membiarkan alam sekitar dapat membaikpulihkan diri sendiri dalam musim hujan.

interesting
Taman Negara Phu Kradueng
1. Pha Lomsak
2. Air Terjun So Nua
3. Air Terjun Khun Thong
4. Pha Nok-en
5. Padang Lang Pae

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari jalan raya no. 201 belok kiri menuju ke jalan raya no. 2019 kawasan kilometer yang ke-276 lebih kurang 8 kilometer akan sampai ke pejabat taman negara.

Perjalanan melalui kereta awam
Berhenti kereta di Kampung Pha Nok Khao, Wilayah Loei, hubungi kereta pikap tambang untuk masuk ke taman negara di Kedai Che Kim atau berhenti kereta di simpang Phu Kradueng, selepas itu ambil kereta pikap tambang ke taman negara.