Jalan Pejalan Kaki Chiang Khan
Jalan Pejalan Kaki Chiang Khan
042-811-495
Jalan Chai Khong, Daerah Chiang Khan, Wilayah Loei
Dibuka setiap hari Sabtu-Ahad jam 16:00 petang-22:00 malam

Kesunyian dan perjalanan kehidupan penduduk Chiang Khan dianggapkan sebagai daya tarikan pelancong terpesona dengannya. Bertambah suasana di tepi Sungai Khong yang begitu klasik maka tidak hairanlah ramai pelancong yang gemar bandar serba kecil ini. Salah satu perkara yang merupakan mercu tanda bagi Daerah Chiang Khan iaitu Jalan Pejalan kaki Chiang Khan.

Jalan Pejalan Kaki Chiang Khan ini terdapat di Jalan Chai Khong, jalan pendek di pesisiran Sungai Khong mulai lorong yang ke-5 sehingga lorong ke-20. Kedua-kedua belah pinggir jalan terdapat rumah kayu yang lama dipenuhi dengan barangan yang dijual antaranya karya seni tempatan, karya seni moden, pakaian, cendera mata seperti kain lepas, kain sarung dan kain selimut karya penduduk tempatan. Selain daripada itu, terdapat makanan-makanan ringan, kuih-muih dan pelbagai lagi jenis makanan terutamanya makanan tradisional seperti mi basah, nasi sup, laksa dan kerabu pelbagai jenis.

Selain daripada makanan dan cendera mata yang anda dapat menjadikan sebagai buah tangan, kami jamin bahawa anda akan seronok dengan mengambil gambar pelbagai jenis kedai yang menjual barangan beraneka dengan gaya perhiasan tersendiri.

interesting
Jalan Pejalan Kaki Chiang Khan
1. Wat Phon Chai
2. Wat Phu Chang Noi
3. Wat Si Khun Mueang
4. Wat Santi
5. Wat Pak Lang
6. Wat Mahathat
7. Wat Pa Tai
8. Wat Si Phanommat
9. Wat Tha Khok
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok guna jalan raya no. 1 (Phahonyothin) melalui Bandar Sara Buri menuju ke jalan raya no. 21 akan sampai Wilayah Phetchabun. Setelah sampai Phetchabun, terus ke jalan raya no. 203 melalui Daerah Lom Sak, Lom Kao terus ke Wilayah Loei melalui Daerah Dan Sai, Daerah Phu Ruea sehingga sampai Bandar Loei menghabiskan masa lebih kurang 7-8 jam.