Candi Si Songrak
Candi Si Songrak
042-812-812
Mukim Dan Sai, Wilayah Leoi
Dibuka setiap hari jam 08:00 pagi-17:00 petang.

Pesta Phi Ta Khon mungkin dianggapkan pesta yang termasyur di daerah Dan Sai, Wilayah Leoi, tetapi tempat yang penting di Daerah Dan Sai adalah "Candi Si Songrak" yang setiap orang datang ke sini mesti mengunjunginya.

Nama "Songrak" diletakkan ketika membina candi. Pada zaman Empayar Hongsawadi Burma memerangi negeri-negeri di lembah Sungai Chao Phraya seperti Ayothaya dan Empayar Lanchang di Laos. Kedua-dua empayar yang diserang ini bermuafakat untuk menahan serangan Burma dan berjanji bahawa tidak akan memerangi antara satu sama lain. Perjanjian ini diukir di atas batu sambil membina "Candi Si Songrak" di kawasan bongor sebelah timur Sungai Man yang merupakan garisan sempadan kedua-dua buah empayar serta menamakan "Songrak-dua bercinta" untuk candi tersebut.

Candi Si Songrak dibina bukan untuk mengisikan abu pembakaran Buddha lalu tidak ada abu sesiapa yang diisikan. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa di dalam candi tersebut terdapat patung kuda dan kitab-kitab suci. Selain daripada itu, diceritakan tentang "Encik Man dan Encik Khong yang mengorbankan dirinya sebagai hantu penjaga candi tersebut selama-lamanya.

Pada hari Wisak setiap tahun yang betul dengan pesta perayaan pembinaan candi, penduduk kampung akan membawa "pokok madu" yang diperbuat dari kulit pisang, dipotong berbentuk segi tiga bersama dengan kepingan lilin sebagai barang pemujaan candi. Selain daripada itu, perkara yang mesti ambil perhatian apabila datang mengunjungi candi iaitu dilarang memakai dan menggunakan warna merah kerana dianggapkan warna merah sebagai warna pembunuhan.

interesting
Candi Si Songrak
1. Candi Si Songrak
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Candi Si Songrak terletak di pinggir sungai Man, jauh dari pekan daerah lebih kurang satu kilometer atau jauh dari Bandar Leoi 83 kilometer. Memandu melalui jalan raya no. 203, belok kanan pada kilometer yang ke-66 untuk memasuki jalan raya no. 2013, pandu lagi 15 kilometer sampai Daerah Dan Sai belok kanan menuju jalan raya no. 2113 hanya satu kilometer akan sampai.