Jalan Budaya
Jalan Budaya
054-237-229
Mukim Wiang Nua, Daerah Mueang, Wilayah Lampang
Pasar Mua Khua Leang dibuka setiap hari Jumaat jam 16:00 petang-21:00 malam
Pasar Mua Khua Ngai dibuka setiap hari Ahad hanya pada waktu pagi jam 7:00 pagi.

Daya tarikan Wilayah Lampang terletak pada suasana kehidupan yang serba lambat dan sunyi, lebih-lebih lagi masih mengekalkan jalanan kehidupan zaman dahulu. Jika sesiapa ingin merasai dan mempelajari jalanan kehidupan penduduk Lampang, mestilah datang ke pasar budaya yang terletak di Jalan Wang Nua.

Zaman dahulu, jalan ini merupakan garisan bentuk kota lama. Oleh itu, di sini terdapat ramai penduduk. Sekarang masih terdapat rumah-rumah lama dan tempat-tempat bersejarah antaranya “Topekong Chao Ya Suta” yang bersenibina Lanna beserta dengan seni menggetel kapur bentuk dewa di 4 penjuru. Topekong inilah yang di katakan pernah menjadi pintu gerbang besar bagi Wat Kak Kaew pada zaman dahulu. Selain daripada itu, di sini terdapat “Wat Pratu Pong”, wat lama di Jalan Wang Nua.

Selain daripada rumah dan senibina lama yang dapat disaksikan, pada waktu petang hari Jumaat, jalan ini akan ditukarkan menjadi Jalan Pejalan Kaki Kad Mua Khua Leang yang terdapat rami penduduk tempatan datang menjual barangan tempatan kepada para pelancong antaranya pakaian, barangan mainan purba, kuih-muih dan makanan tempatan yang lain. Selain daripada itu, terdapat aktiviti kebudayaan yang dipersembahkan oleh penduduk tempatan seperti bersembahan muzik tradisional dan persembahan tarian. Pelancong dapat menderma untuk menyokong aktiviti keagamaan dan lain-lain lagi.

Jika sesiapa ingin bersiar-siar di pasar pagi, di sini terdapat Pasar Mua Khua Ngai yang dibuka hanya pada pagi hari Ahad. Ramai penduduk tempatan yang datang membeli barangan keperluan seharian mereka. Di sini juga merupakan pusat menderma barangan keperluan kepada sami Buddha pada waktu pagi.

interesting
Jalan Budaya
1. Pasar Thesaban
2. Kediaman Rasmi Gabenor
3. Wat Silom
4. Wat Pratu Pong
5. Wat Pratu Dan Phueng

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Jalan Highway (Lampang-Ngao) menuju ke Wilayah Chiang Rai, laluan dari simpang lapangan terbang sedikit. Setelah memandu sampai ke simpang empat Jalan Khelang Nakhon, belok ke kiri menuju ke Jalan Khelang Nakhon. Setelah melangkahi Jambatan Khelang, memandu lagi lebih kurang 500 meter. Jalan Wang Nua (Jalan Budaya) terletak di sebelah kiri anda.