Pusat Pemuliharaan Gajah Thai
Pusat Pemuliharaan Gajah Thai
054-829-333
Mukim Wiang Tan, Daerah Hang Chat, Wilayah Lampang
Dibuka setiap hari jam 8:30 pagi-16:30 petang
Bayaran kemasukan: Dewasa 100 bath, kanak-kanak 50 bath

Sebenarnya Pusat Pemuliharaan Gajah Thai ini mula-mula ditubuhkan di Daerah Ngao dengan tujuan melatih gajah menarik kayu balak di dalam hutan. Kemudian kerajaan telah membatalkan konsesi kayu balak seluruh negara, mengakibatkan gajah tiada pekerjaan dan dihantar balik ke sekolah latihan gajah. Walau bagaimanapun, kawasan sekolah tidak dapat memuatkan semua jumlah gajah lalu di pindah ke tempat baru di Daerah Hang Chat sehingga sekarang.

Di dalam kawasan pusat, digunakan pelbagai aktiviti seperti dijadikan hospital gajah yang merawat gajah sakit atau anak gajah yang baru dilahir, terdapat kilang pembuatan kertas dari buangan gajah, kilang baja biomass dari buangan gajah dan kilang gas biomass untuk dijadikan tenaga elektrik di dalam pusat tersebut. Selain daripada itu, terdapat laman pertunjukan gajah yang terdiri daripada demonstrasi perbuatan kayu balak melalui tenaga gajah pada zaman dahulu, pertunjukan gajah melukis gambar, gajah bermain muzik dan pertunjukan lain yang di tunjukkan tidak lebih daripada 40 minit. Pertunjukan ini diadakan 3 kali sehari. Selain daripada itu, terdapat pertunjukan gajah mandi yang ditunjukkan 2 kali sehari. Pertunjukan semua akan selesai pada jam 15.30 petang, selepas itu akan dibiarkan gajah berehat di dalam hutan.

Jika sesiapa ingin merasai dan berdekatan dengan gajah secara puas hati, di sini terdapat homestay atau rumah inap yang disediakan oleh Pusat Permuliharaan Gajah Thai. Selain anda mampu berdekatan dengan gajah, anda berpeluang juga mempelajari kehidupan pengembala gajah. Salah stu lagi aktiviti menarik iaitu program berjalan kaki dalam hutan yang seolah-olah program rumah inap. Perbezaannya pelancong akan tinggal bermalam bersama pengembala gajah di sekolah melatih gajah, pelancong juga berpeluang bermalam di dalam hutan untuk mempelajari kehidupan pengembla gajah zaman dahulu. Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi pihak Pusat Pemuliharaan Gajah Thai.

interesting
Pusat Pemuliharaan Gajah Thai
1. Balai gajah diraja
2. Kilang penciptaan kertas dari buangan gajah
3. Padang pertunjukan gajah
4. Rumah inap
5. Pusat didikan gajah
6. Resort Ban Phak Chang Thai
7. Laman aktiviti dan mendirikan khemah
8. Perkuburan gajah
9. Sekolah latihan
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Daerah Mueang, menuju ke jalan raya no. 11 melalui Daerah Hang Chat terus ke Wilayah Lamphun. Setelah sampai kilometer yang ke-28-29 akan ternampak Pusat Pemuliharaan Gajah Thai di sebelah hadapan, buat pusingan balik belok ke kiri memasuki ke dalam pusat tersebut yang akan nampak papan tanda.