Wat Pra Keaw Don Tao Suchadaram
Wat Pra Keaw Don Tao Suchadaram
054-218-154
Mukim Wiang Nua, Daerah Mueang, Wilayah Lampang
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-.18:00 petang.

Pada zaman dahulu, Wat Pra Keaw Don Tao Suchadaram merupakan tempat terletaknya Patung Buddha Zamrud (Pra Kaew Morakot) selama 580 tahun. Mengikut cerita dongeng mengatakan bahawa Puan Suchada merupakan orang yang terjumpa batu zamrud di dalam biji tembikai (Bahasa Thai dialek Utara memanggil Mak Tao) lalu mempersembahkan zamrud tersebut kepada ketua sami untuk diukir menjadi patung Buddha iaitu menjadi Pra Kaew Don Tao, kemudian dipindah untuk diletakkan di Wat Prathat Lampang Luang.

Wat ini merupakan wat besar yang masih mengekalkan senibina wat Lanna. Walau pintu gerbang Khong dan biara utamanya telah runtuh, tetapi masih tertinggal Candi Lanna yang mengisi rambut Buddha serta stupa seni Burma yang cantik itu merupakan tempat letaknya patung Buddha yang ditampal dengan kertas emas. Manakala biara patung Praphut Saiyat pula berusia sama dengan wat ini.

Selain daripada itu, terdapat biara utama dari Muzium Lanna yang menyimpan pelbagai khazanah seni kebudayaan Lanna seperti perkakasan kegunaan sami seharian, pinggan mangkuk dan patung Budha lama.

interesting
Wat Pra Keaw Don Tao Suchadaram
1. Muzium Lanna
2. Wat Phra Kaew
3. Abu Buddha
4. Pusat Perkhidmatan Pelancong
5. Wat Nang Lieo

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Melangkahi Sungai Ratsada Phisek, belok kanan mengikut Jalan Phra Kaew lebih kurang 7 kilometer akan ternampak puncak candi di atas bongor.