Wat Phrathat Chom Ping
Wat Phrathat Chom Ping
054-362-259
Mukim Na Kaew, Daerah Ko Kha, Wilayah Lampang
Dibuka setiap hari: jam 6:00 pagi-18:00 petang

Wat Phrathat Chom Ping merupakan wat yang dipengaruhi oleh kesenian Lanna. Candi wat ini berwarna kuning keemasan yang disisikan abu kebakaran Buddha. Dipercayai bahawa Wat Phrathat Chom Ping dibina zaman Ratu Cham Dewi dan disiap binaannya pada zaman Raja Tiloka Raja.

Titik perhatian yang tidak boleh diabaikan di wat ini iaitu bayangan candi yang berlaku bayang di dalam gereja seni budaya Lanna. Bayangan tersebut akan berlaku di sebagian jendela gereja yang terdapat lubang kecil dan bayangan ternampak nyata di atas lantai melalui lubang kecil tersebut. Kini pihak wat telah menggunakan kain putih sebagai tempat penerimaan bayang membuatkan kelihatan bayang candi terlebih nyata.

Selain daripada itu, di sini terdapat Muzium Wat Phrathat Chom Ping yang mempamerkan barangan lama seperti serpihan bejana buatan daripada tanah, cangkuk besi, gelang batu, gelang besi, mata lembing, manik, anting-anting dan lain-lain lagi yang terjumpa di dalam kawasan wat dan kawasan berhampiran. Selain daripada itu, terdapat barangan simpanan kepunyaan Wat seperti patung Buddha, paip rokok buatan tanah bakar, bekas isi peluru buatan daripada tanduk haiwan, kain azimat, barangan azimat, bekas sirih pinang dan lain-lain lagi. Jabatan Arkib Negara mengatakan bahawa barangan antik yang terjumpa di sini berbentuk lebih kurang yang terjumpa di Wilayah Tak, Kampheang Phet, Lamphun dan Nokhon Sawan yang menunjukkan perhubungan erat antara pusat arkeologi tersebut.

interesting
Wat Phrathat Chom Ping
1. Wat Phrathat Chom Ping
2. Wat Song Khwae Tai

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari daerah Mueang gunakan jalan raya no. 1 menuju ke Daerah Ko Kha akan terjumpa simpang, belok kiri terus ke jalan raya no. 1274 menuju ke Daerah Soem Ngam. Setelah sampai simpang empat Wat Na Kaew Barat, terus pula lebih kurang 2 kilometer akan terjumpa Wat Phrathat Chom Ping.