Taman Negara Chae Son
Taman Negara Chae Son
089-851-3355
Mukim Chae Son, Daerah Mueang Pan, Wilayah Lampang
Dibukakan setiap jam 8.00 – 17.00 petang
Bayaran perkhidmatan memandi air mineral hangat
Bilik peribadi 50 baht untuk seorang
Kolam percampuran 20 bath untuk seorang
Kolam awam 10 bath seorang

Taman negara tempat lain mungkin termasyhur dengan air terjun, tetapi di taman negara Chae Son Wilayah Lampang terdapat anak sungai kecil yang mengalirkan air mineral mengikut batu-batan yang bertaburan di dalam takungan air hangat.

Takungan air hangat di Taman Negara Chae Son mempunyai kepanasan dengan suhunya 70-80 darjah Selsius yang mampu memasakkan telur rebus dalam tempoh masa 15 minit. Jika sesiapa ingin merendam air hangat, disyorkan munggunakan perkhidmatan bilik yang disediakan oleh pihak taman negara. Terdapat bilik mandi untuk 3-4 orang, bilik percampuran secara mencedak dan kolam merendam awam di luar. Air mineral hangat ini disalur secara langsung dari telaga air hangat yang mempunyai suku kepanasan lebih kurang 39-42 darjah selsius. Kebaikan memandi air mineral hangat ini iaitu mengurangkan kekejangan otot, kelengahan badan dan membantu sistem saluran darah serta menghilang penyakit tulang: Air mineral hangat ini dilarang keras meminumnya kerena terdapat jenis-jenis zat yang lebih tinggi dari kebiasaanya.

Jika sesiapa tidak ingin merendam air mineral hangat, boleh menyaksi pusat pelancongan alam sekitar yang lain seperti air terjun yang terletak jauh dari pejabat taman negara hanya 1 kilometer. Anda dapat berjalan kaki dari telaga air hangat ke air terjun yang mempunyai air yang deras sepanjang tahun. Selain itu terdapat pusat pelacongan lain yang menarik antaranya Air Terjun Mae Mon, Air Terjun Mae Khun, Air Terjun Mae Piak, Gua Pha Ngam, Gua Nam, Gua Luk Ko, Gua Luang dan pusat pemandangan Doi Lan (Kio Fin). Jika anda datang dalam bulan Februari dan Mac, anda mesti menyaksi kecantikan bunga Bauhinia Variegata yang mengembang sepanjang jalan Chae Son–Ban Pa Miang yang berpanjangan lebih kurang 18 kilometer.

interesting
Taman Negara Chae Son
1. Ampangan Kio Kho Ma
2. Pejabat taman negara
3. Air Terjun Chae Son
4. Air Terjun Mae Khun
5. Bukit Langka Luang
6. Gua Luk Ko
7. Gua Pha Ngaa
8. Gua Nam
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta peribadi terdapat dua perjalanan iaitu
1. dari Bandar Lampang mengikut jalan raya no. 1035 Lampang – Chae Hom sehingga kilometer yang ke-58 belok kiri ke jalan raya no. 1287 yang merupakan jalan menuju ke Daerah Mueang Pan, belok kanan di simpang tiga dengan menggunakan jalan raya no. 1252 Khuang Kom-Pang Faen lebih kurang 11 kilometer, belok kiri ke taman negara mengikut jalan tempatan lagi 3 kilometer akan sampai ke taman negara.

2. Dari Wilayah Chiang Mai melalui jalan raya no. 1006 melaui Daerah San Kamphaeng terus ke jalan San Thuai Kaew, Kampung Mae Kompong, melalui Kampung Pa Ming akan sampai ke pejabat taman negara.

Melalui bas
Terdapat bas jalan Lampang–Chae Son sampai ke taman negara yang terdapat berhampiran pasar lama, perkhidmatan bas mulai dari 8:00 pagi–18:00 petang.