Pasar Kong Ta
Pasar Kong Ta
083-154-5834
Jalan Talad Kau, Mukim Suan Dok, Daerah Mueang. Wilayah Lampang
Dibuka pada hari Sabtu–Ahad jam 17:00 petang-22:00 malam

Lampang merupakan Wilayah di bahagian Utara Thai yang penuh dengan daya tarikan. Asal usulnya yang cantik, sejarahnya yang menarik termasuk jalanan kehidupan yang serba mudah. Salah satu tempat yang mesti dikunjungi setelah anda tiba di Wilayah Lampang iaitu Pasar Jalan Pinggir Air.

Di sini merupakan pasar pusba di pinggir Sungai Wang yang berusia 100 tahun lebih. Pasar ini mulai dibina pada tahun 1877 (zaman Raja Rama V). Pada zaman dahulu, di sini merupakan pelabuhan perahu pedagang hutan dan barangan dari Utara dan pusat perniagaan kayu balak yang terdapat ramai peniaga dari Burma, Cina dan Barat datang berniaga. Ramai yang memanggil “Pasar Cina” kerana kebanyakan peniaga adalah orang Cina dan sebahagian pekerja–pekerja buruh adalah dari bangsa Cina sehingga menjadi majoriti peniaga di sini. Daya tarikan Pasar Kongta adalah senibina termasuk senibina bahagian Tengah, rumah Burma, rumah Cina dan rumah ukiran ala Perancis yang terletak kedua-dua belah jalan di dalam pasar ini.

Sekarang, pasar ini dibaikpulihkan semula menjadi Jalan Pejalan Kaki Wilayah Lamapang yang terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan cendera mata untuk dibeli di tengah-tengah suasana yang begitu klasik.

interesting
Pasar Kong Ta
1. Wat Ko Walukaram
2. Pasar Kongta

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Lampang, memandu kereta ke Jalan Ratsada dan melangkahi Jambatan Ratsada. Belok kiri ke Jalan Komuniti Lama Pasar Kongta. Jika ingin berjalan-jalan di Jalan Pejalan Kaki Pasar Kongta, jalan tersebut akan ditutup laluan kereta sejak jam 16.00 petang.