Wat Pong Sanuk
Wat Pong Sanuk
054-218-602
Mukim Wiang Nua, Daerah Mueang, Wilayah Lampang
Dibuka setiap hari jam 6:00 pagi-18:00 petang

Wat Pong Sanuk atau Wat Pong Sanuk Nua merupakan wat yang penting bagi Wilayah Lampang sejak lama lagi. Wat ini dibina lebih kurang 1,334 tahun yang lalu dan merupakan hanya sebuah wat yang menerima anugerah “Award of Merit” dari UNESCO pada tahun 2008. Di sinilah merupakan tempat terletaknya tiang pemangku negeri Lampang sebelum dipindah ke kawasan Pejabat Pentadbiran Wilayah bangunan lama sehingga sekarang.

Candi Wat Pong Sanuk mempunyai usia sama tua dengan Wat Suthep di Chiang Mai iaitu berusia lebih kurang 500 tahun. Manakala Biara Phra Chao Phan-ong pula merupakan bangunan bersenibina dan seni arca percampuran antara Thai, Cina dan Burma hanya satu sahaja di negara Thai. Sekarang “Wat Pong Sanuk” merupakan pusat perhimpunan dari segi seni budaya senibina yang penting antaranya patung Buddha yang diperbuat daripada kayu, tiang berukiran angsa, pintu gerbang Khong, lukisan gambar Prabot yang menciptakan tentang Vessantara di atas kain dan kertas, peti lama dan bendera gajah putih zaman Raja Rama VI yang disimpan oleh pihak wat di dalam muzium.

Selain daripada itu, terdapt Candi Biara Phanon, Pra Chao Pan-ong dan biara berbentuk empat serambi yang merupakan senibina Lanna, Burma dan Cina yang tertinggal hanya satu sahaja di negara Thai yang dianggapkan kecantikan senibina Wilayah Lampang yang pasti dikunjungi.

interesting
Wat Pong Sanuk
1. Perpustakaan awam
2. Muzium Wat Pong Sanuk
3. Wat Pong Sanuk

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Memandu kereta ke Bandar Lampang dengan mulai dari Khuang Nakhon atau simpang lima Menara Jam, terus ke Jalan Na Wat Chiang Rai, belok kiri melalui bulatan Kai Khao, menyeberangi Jambatan Phatthana Phak Nua ke simpang lampu merah 500 meter akan terjumpa persimpangan di situ. Belok kanan terus ke Wat Pong Sanuk yang terletak di pinggir jalan raya.