Nan

Wilayah Nan merupakan wilayah kecil yang penuh dengan daya tarikan pada seluruh kawasannya. Di sini merupakan negeri sempadan Empayar Lanna Timur yang dipenuhi dengan bukit-bukau, kabus dan sawah padi yang hijau. Selain daripada itu, kebudayaan penduduk tempatan dan kebaikan penduduk Nan, kesemua ini adalah alasan kenapa para pelancong mesti jatuh cinta kepada Wilayah Nan.

Pusat pelancongan dari segi alam sekitar di Wilayah Nan itu terdapat beberapa tempat yang menarik antaranya Taman Negara Doi Phu Kha yang digelar hutan hulu air, hutan purba, akhir hutan Himalaya dan bukit di bawah laut. Di dalam kawasan taman negara tersebut, terdapat gua batu tumbuh yang cantik seperti Gua Pha Deang, Gua Pha Phueng dan Gua Pha Gong. Sesiapa yang ingin melihat pemandangan jarak jauh di tengah-tengah lautan kabus, mestilah datang ke Taman Negara Si Nan (Gunung Samue Dao dan Gunung Hua Sing) yang terdapat pusat pemandangan kabus dan mentari pagi yang tercantik dalam bentuk gambar panorama.

Sesiapa yang gemar tentang sejarah dan seni, silalah datang ke Muzium Negara Nan. Bangunan ala Eropah ผaman Raja Rama V bercampuran dengan senibina tempatan Wilayah Nan itu mempamerkan kehidupan pelbagai suku kaum, barangan purba yang terjumpa di wilayah ini sejak zaman prasejarah sehingga zaman raja pemerintah negeri Nan termasuk juga gambar-gambar pesta kebudayaan yang penting. Salah satu tempat yang menarik iaitu balai seni Rim Nan yang ditubuhkan oleh para seniman Wilayah Nan untuk mengumpulkan tarian seni Thai sezaman.

Selain daripada itu, jika sesiapa yang ingin manyaksikan gambar lukisan dinding bangunan lama, sila datang ke Wat Nong Bua dan Wat Phumin. Selain daripada berpuas hati dengan kecantikan gambar lukisan dinding, anda juga berpeluang beramal di wat tersebut.

MAP
TRAVEL

By Car

From Bangkok, use Highway No. 32 until you reach Nakhon Sawan. Then follow Highway No. 17 heading to Phitsanulok and turn onto Highway No. 11 passing Uttaradit and Phrae. From Phrae, use Highway No. 101 until you reach Nan. The total distance is 668 kilometers.

By Bus

Bus number 910 or 96 from the Northern (Mo Chit) Bus Terminal

23
Mei
2019
Nan
30.5°
37° 24°
attraction_image
Wat Nong Bua merupakan wat lama di kampung Nong Bua yang dianggapkan pembinaannya pada tahun 1862 melalui pimpinan Sami Sunanta bersama-sama penduduk...more
attraction_image
Candi Chae Haeng di Wat Phrathat Chae Haeng merupakan candi yang penting di Wilayah Nan. Lebih kurang pada tahun 1348 Masihi, Phaya Kan Mueang telah m...more
attraction_image
Ramai orang yang datang mengunjungi Wilayah Nan akan teringin menikmati keindahan kehidupan dan kebudayaan tempatan. Sebenarnya di Nan terdapat pusat ...more