Taman Negara Si Nan
Taman Negara Si Nan
054-701-106
Mukim Si Saket, Daerah Na Noi, Wilayah Nan
Dibuka setiap hari jam 08:00 pagi-17:00 petang
Bayaran kemasukan: dewasa 20 baht, kanak-kanak 10 baht

Ramai orang yang datang mengunjungi Wilayah Nan akan teringin menikmati keindahan kehidupan dan kebudayaan tempatan. Sebenarnya di Nan terdapat pusat pelancongan dari segi alam sekitar yang cantik iaitu "Taman Negara Si Nan" yang anda akan terpesona dengan kesegaran dan kehijauan alam semula jadi serta pemandangan yang menakjubkan.

Taman Negara Si Nan meliputi kawasan Daerah Wiang Sa, Daerah Na Noi dan Daerah Na Muen. Kawasannya seluas 1,024.28 kilometer persegi ini terdapat gunung-ganang yang tersusun menjadi hutan tebal, hutan kering dan hutan pokok ru. Manakala kedua-dua belah tebing sungai terdapat hutan percampuran yang penuh dengan haiwan hutan antaranya burung merak, harimau bintang, harimau hitam, gajah hutan, lembu hutan dan seladang.

Daya tarikan taman negara ini iaitu Bukit Samue Dao yang terdapat ladang luas hijau berbentuk bulan sabit sejajar dengan bukit. Di sini sesuai untuk berehat minda dan menyaksi kecantikan kabus. Selain daripada itu, dapat menyaksi kecantikan mentari yang memancar cahaya pagi dan mentari jatuh di kawasan yang sama. Pada waktu malam pula, anda dapat melihat cahaya bintang yang berkerlipan di langit. Sesiapa yang ingin melihat pemandangan secara panorama, hendaklah datang ke Gurun Hua Sing yang mempunyai cerun tinggi berbentuk singa sedang duduk. Di situlah tempat melihat mentari terjatuh yang cantik.

Bertambah lagi perjalanan yang mesti mendaki bukit juga terdapat di situ. Salah satu tempat yang mungkin pasangan kekasih tidak berapa gemar iaitu Gurun Curang yang merupakan tempat melihat lautan kabus dan tali air Sungai Nan.

Salah satu pusat pelancongan yang tidak boleh diabaikan iaitu Tiang Tanah Na Noi yang merupakan kejadian geologi reputan tanah dan hakisan hujan sehingga terjadi cerun tinggi berbatang, bertiub, mempunyai puncak yang tajam timbul dari tanah dalam kawasan seluas 20 rai seperti kawasan Phae Mueang Phi di Wilayah Phrae. Tiang Tanah Na Noi ini terletak di Mukim Chiang Khong, Daerah Na Noi, Wilayah Nan.

Taman Negara Si Nan mempunyai tempat untuk memasang khemah sebanyak 3 tempat iaitu di puncak bukit Samue Dao, puncak gurun Chu dan halaman hutan ru. Manakala makanan dan minuman tidak usah dibimbang kerana terdapat kedai kepunyaan taman negara yang sedia memberi perkhidmatan.

interesting
Taman Negara Si Nan
1. Tiang Tanah Na Noi
2. Curun Hua Sing
3. Keng Luang

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok melalui Nakhon Sawan, Phitsanulok dan sampai ke Phrae. Dari Phrae mengikuti jalan Yantarakit Kosol, jalan raya no. 101 sehingga sampai ke Daerah Wiang Sa, belok kanan mengikuti jalan Chaw Fa, jalan dalam wilayah no. 1026 untuk ke Daerah Na Noi sepanjang 35 kilometer. Belok kiri mengikuti jalan Na Noi-Pang Hai iaitu jalan raya no. 1083 lebih kurang lagi 5 kilometer akan sampai pejabat taman negara.

Perjalanan melalui kereta awam
Menaiki bas laluan Bangkok-Nan dan henti di Daerah WiangSsa, sambung bas Wiang Sa-Na Noi-Na Muen berhenti di simpang tiga Ban Mai, borong kereta tambang untuk memasuki taman negara.