Wat Phrathat Chae Haeng
Wat Phrathat Chae Haeng
054-751-846
Mukim Mueang Tued, Daerah Phu Phiang, Wilayah Nan.
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang.

Candi Chae Haeng di Wat Phrathat Chae Haeng merupakan candi yang penting di Wilayah Nan. Lebih kurang pada tahun 1348 Masihi, Phaya Kan Mueang telah memerintah supaya dipindahkan candi tersebut untuk mengisikan abu kebakaran Buddha yang dibawa datang dari Sukhothai. Dengan itu candi tersebut sebagai lambang kasih sayang dan persahabatan antara Negeri Nan dengan Negeri Sukhothai pada zaman dahulu.

Seni bina candi tersebut dipengaruhi oleh candi Phrathat Hariphunchai. Di sekeliling candi ditampal dengan emas campuran. Manakala laluan ke atas candi merupakan dua ekor naga. Pintu gerbang ke biara merupakan naga bersembah yang merupakan identiti kesenian Nan sejati. Biara utama yang terletak di bahagian selatan candi, terdapat patung Buddha Lan Thong dalam bentuk berdiri seni Lanna. Selain daripada itu, di dalam biara terdapat patung Phra Chao Than Chai, candi kecil dan biara patung Buddha beradu yang terletak di hadapan pagar candi Chae Haeng bersama dengan candi putih kesenian Burma yang dipanggil candi Chawedakong.

Penduduk Nan percaya bahawa kesempatan untuk datang menziarahi Candi Chae Haeng akan mendapat pahala yang besar, membuat kehidupan bahagia, jauh dari penyakit dan maju jaya dalam pekerjaan. Jika anda berpeluang datang ke Wilayah Nan, tidak boleh anda melepaskan kesempatan ini.

interesting
Wat Phrathat Chae Haeng
1. Perkuburan Kampung Nong Tao
2. Wat Phrathat Chae Haeng
3. Taman Botani Chae Haeng

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari bandar menyeberangi sungai Nan, mengikuti jalan raya no. 1168 laluan Nan-Mae Charim lebih kurang 3 kilometer.