Wat Nong Bua
Wat Nong Bua
054-521-118
Mukim Pa Kha, Daerah Tha Wang Pha, Wilayah Nan
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang

Wat Nong Bua merupakan wat lama di kampung Nong Bua yang dianggapkan pembinaannya pada tahun 1862 melalui pimpinan Sami Sunanta bersama-sama penduduk kampung. Wat Nong Bua ini diangkatkan sebagai wat yang bersenibina Thai Lanna yang agak sempurna dan sukar ditemui.

Salah satu benda yang amat menarik di sini iaitu lukisan dinding yang menceritakan tentang kehidupan penduduk zaman dahulu seperti gambar perempuan yang memakai kain sarung corak air mengalir atau kain sarung corak lain-lain yang amat menarik hati. Manakala lukisan dinding gereja wat akan menceritakan tentang kehidupan Buddha. Dikatakan bahawa, gambar lukisan dinding di Wat Nong Bua ini, pelukisnya ada sama dengan gambar yang dilukis di dinding Wat Phumin.

Selain daripada kecantikan senibina dan sejarah, di sini terletaknya Pusat Perkhidmatan Kebudayaan Komuniti yang menjualkan kain sarung tenunan tangan penduduk Nan termasuk barang perkakasan yang digunakan seharian oleh penduduk di dalam komuniti.

interesting
Wat Nong Bua
1. Wat Nong Bua
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Hospital Tha Wang Pha, guna jalan raya no. 1080 menuju ke Daerah Mueang. Sebelum sampai jambatan menyeberang sungai Nan, belok kanan lebih kurang 1 kilometer. Selepas itu belok kanan di persimpangan sekali lagi. Terus lagi 500 meter, belok kiri di simpang tiga Rong Bom, menyeberangi sungai Nan dan terus lagi 3 kilometer akan ternampak wat.

Perjalanan melalui kereta awam
Anda dapat menaiki kereta tambang Nan-Pua atau bas laluan Nan-Pon, berhenti di pasar Tha Wang Pha, selepas itu menunggang motosikal tambang untuk ke Wat Nong Bua.