Taman Negara Khao Yai
Taman Negara Khao Yai
086-092-6529
Mukim Musi, Daerah Pak Chong, Wilayah Nakhon Ratchasima
Dibuka setiap hari. Pusat Pemerikasaan Bahagian Nakhon Ratchasima dibuka pada jama 6:00 pagi-21:00 malam. Manakala Pusat Pemeriksaan Bahagian Prachinburi dibuka pada jam 6:00 pagi-18:00 petang.
Bayaran kemasukan: dewasa 40 baht, kanak-kanak 20 baht

Merupakan taman negara pertama di negara Thai yang diisytiharkan pada tahun 1962 dengan kawasan seluas 2,165.55 kilometer persegi meliputi kawasan empat Wilayah iaitu Nakhon Nayok, Saraburi, Nakhon Ratchasima dan Prachin Buri. Oleh kerana kesuburan dengan sumber alam sekitar yang berpelbagaian daripada fauna dan flora serta merupakan punca hulu beberapa buah sungai penting, maka diisytiharkan pula sebagai Warisan Asean pada tahun 1984. Selain daripada itu, kawasan ini merupakan salah satu kawasan pemuliharaan “Hutan Dong Phaya Yen-Khao Yai”, kawasan hutan besar yang dipilih oleh UNESCO sebagai warisan dunia dari segi alam sekitar tempat yang kedua di negara Thai pada tahun 2005.

Oleh kerana merupakan kawasan hutan yang besar dan subur, Taman Negara Khao Yai merupakan pusat pelancongan dan aktiviti penyelidikan alam semula jadi yang begitu beraneka antaranya air terjun, pusat pemandangan, mengayuh kenu, memerhati burung, menunggang basikal, berjalan kaki mempelajari alam sekitar, memerhati haiwan dan sebagainya. Anda mampu mempelajari maklumat dan menanya pegawai di Pusat Maklumat Perkhidmatan Pelancong di kawasan taman negara atau di balai pengutipan bayaran kemasukan.

Segar dengan kesejukan air
Air terjun Haew Narok, air terjun terbesar dan tertinggi di sini. Terletak di bahagian Selatan Taman Negara Khao Yai berhampiran dengan Pusat Pemeriksaan Nen Hom.

Air Terjun Haew Suwat, salah satu lagi air terjun yang ramai pelancong mengunjunginya. Terletak di hujung Jalan Thanarat. Anda dapat berjalan kaki pula ke Air Terjun Pha Kluai Mai yang jauh hanya 3 kilometer.

Air Terjun Kong Kaew, merupaka air terjun yang rendah yang terjadi daripada Sungai Lam Takhong. Terletak jauh dari Pusat Perkhidmatan Pelancong Khao Yai lebih kurang 100 meter sahaja.

Air Terjun Pha Kluai Mai merupakan air terjun saiz pertengahan yang terletak di dalam kawasan Paya Lam Takhong. Anda dapat ke sana dengan memendu kereta atau berjalan kaki. Perjalanan dari tempat memasang khemah lebih kurang 1.2 kilometer.

Air Terjun Sarika terletak di Mukim Sarika, Daerah Mueang, Wilayah Nakhon Nayok yang merupakan air terjun terbesar yang airnya mengalir dari cerun bukit sebanyak 9 lapisan. Cerun yang tertinggi ialah lebih kurang 100 meter. Setiap lapisan terdapat kolam yang sesuai untuk bermandi-manda.

Air Terjun Nang Rong iailah air terjun yang terletak selepas Air Terjun Sarika mengikut jalan raya no. 3049 sehingga samapi ke pintu masuk air terjun, berjalan pesisiran Paya Nang Rong lebih kurang 250 meter terdapat jambatan menyeberangi paya sehingga ke air terjun. Air terjun ini tidak berapa tinggi tetapi airnya mengalir sangat deras.

Pulau Hin Peng merupakan pulau besar yang terletak di dalam Sungai Sai Yai dalam kawasan Daerah Nadi, Wilayah Prachinburi. Pulau ini sangat centik dalam musim banjir iaitu pada bulan Julai-November.

Pemandangan bukit-bukau
Batu Bukit Diaw Dai merupakan pusat pemandangan cantik yang dapat melihat banjaran gunung berpanjangan dan pemandangn alam semula jadi yang mengelilingi kita. Tentu anda tidak akan sunyi seperti nama batu bukit ini.

Pusat Pemandangan Khao Khiao, merupakan pusat pemandangan cantik yang dapat melihat Bukit Rom berpanjangan serta pamandangan yang cantik sebelah Wilayah Prachinburi. Pada waktu pagi ketika mentari keluar, akan akan Nampak mentari besar berwarna merah di tengah-tengah puncak Bukit Rom.

Pusat Pemandangan Kilometer yang ke-30 terletak di kilometer yang ke-30, Jalan Thanarat. Anda akan melihat pemandangan cantik di sebelah Utara Taman Negara Khao Yai dengan pemandngan yang luas dan unik.

Menyuluh Haiwan
Sesiapa yang gemar menyuluh haiwan, pihak taman negara telah membina menara menyuluh haiwan untuk pelancong dapat melihat haiwan ketika datang memakan tanah garam. Terdapat menara kesemuanya 3 buah iaitu Menara menyuluh Haiwan Nong Pha Chi, Menara Menyuluh Haiwan Mo Singto di kawasan pejabat taman Negara dan Menara Menyuluh Haiwan Khlong Pla Kang di Pusat Pemeliharaan Taman Negara Kho. Yo. 4 (Sungai Pla Kang)

Selain daripada itu, terdapat aktiviti menyuluh haiwan pada waktu malam mengikut jalan di taman negara. Anda akan Nampak haiwan yang menukar mencari makan dari waktu siang kepada waktu malam seperti landak, musang, burung hantu, tupang terbang, beruang dan lain-lain lagi. Anda dapat menghubungi pegawai di Pusat Perkhidmatan Pelancong Khao Yai jam 8:30 pagi-20:00 malam sertiap hari walau hari cuti awam sekalipun.

interesting
Taman Negara Khao Yai
1. Air Terjun Sarika
2. Pusat perkhidmatan pelancong
3. Air Terjun Nang Rong
4. Air Terjun Haew Suwat
5. Air Terjun Pha Kluai Mai


MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Terdapat dua perjalanan iaitu simpang dari Jalan Mittraphap pada kilometer yang ke-56, mengikuti Jalan Thanarat lebih kurang 23 kilometer. Salah satu perjalanan lagi iaitu dari Bangkok-Simpang hin Kong mengikuti jalan raya no. 33 (Nakhon Nayok-Prachinburi), setelah sampai simpang empat Nen Hom, gunakan jalan taya no. 3077 sehingga sampai ke Khao Yai.

Perjalanan melalui kereta awam
Menduduki bas laluan Bangkok-Nakhon Ratchasima, turun di simpang masuk ke Daerah Pak Chong. Di situ terdapat bas dari Pak Chong sehingga sampai ke pusat pemeriksaan yang merupakan destinasi terakhir perjalanan bas. Ambil kereta sambung sehingga sampai ke pejabat taman negara.