Wat Phra Mahathat Woramahawihan
Wat Phra Mahathat Woramahawihan
075-346-515
Mukim Nai Mueang, Daerah Mueang, Wilayah Nakhon Si Thammarat
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang
Fees 30 THB for the general admission
Fees 20 THB for the museum

"Wat Phra Mahathat Woramahawihan" atau "Wat Phra Mahathat" bukan hanya penting kepada penduduk Wilayah Nakhon Si Thammarat sahaja, tetapi merupakan khazanah dunia dari segi kebudayaan. Dengan itu, jika sesiapa yang datang ke Wilayah Nakhon Si Thammarat, tentu tidak boleh lupa menziarahi wat ini.

Di dalam wat ini, terdapat candi Phra Barommathat Nakhon atau candi yang diisikan abu kebakaran Buddha yang dianggapkan suci dan penting untuk negeri. Dikatakan bahawa, wat ini dibina kali pertama pada tahun 311 Masihi lagi dengan kesenian Seri Wijaya. Di dalam candi diisi gigi Buddha. Pada tahun 1227 Masihi, terdapat sami Buddha dari Seri Langka datang membaikpulih candi dan membina semula dengan seni bentuk Seri Langka seperti sekarang. Ketinggian candi adalah 55-78 meter, loceng candi tinggi 9.80 meter, terdapat lapisan candi sebanyak 52 lapisan. Di puncak candi dibalut dengan emas sehingga dipanggil Candi Emas juga. Perkara yang pelik, ketika mentari memancar terkena bangunan candi, bayang candi tidak akan sampai ke tanah sehingga dipanggil lagi dengan nama "Candi Tanpa Bayang".

Selain daripada itu, di dalam wat terdapat beberapa buah biara antaranya biara utama yang berbentuk senibina Ayutthaya, Biara Sam Chom yang terdapat patung Buddha "Phra Chao Si Dharma Sokaraja" berpakaian diraja, Biara Phra Maha Phinet Sakrom (Buddha menunggang kuda), Biara Thab Kaset, Biara Lukisan, candi-candi kecil di sekeliling sebanyak 149 buah, dan Biara Budi Langka yang merupakan tempat mempamer barangan lama. Pada setiap tahun, hari Magha Puja, pihak wat akan mengadakan perarakan kain menyelimut candi yang dipercayai akan dapat pahala yang banyak.

interesting
Wat Phra Mahathat Woramahawihan
1. Wat Chon Chanian (Wat Chai Khlong)
2. Wat Phra Mahathat Woramahawihan
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari jalan raya no. 401 sehingga sampai ke bandar Nakhon Si Thammarat, terus ke jalan Ratchadamnoen. Setelah sampai Mukim Nai Mueang, akan ternampak Wat Phra Mahathat di sebelah kanan.

Perjalanan melalui kereta awam
Dari Bandar Nakhon Si Thammarat dapat menaiki kereta tambang laluan Sanam Kila-Hua Thanon (kereta Mazda) untuk ke Wat Phrathat atau menunggang motosikal tambang, bayarannya mengikut perjalanan yang jauh atau dekat.