Pantai Khanom
Pantai Khanom
075-528-495
Mukim Khanom, Daerah Khanom, Wilayah Nakhon Si Thammarat
Dibuka setiap hari.

Jika datang melancong ke laut, jangan hanya melancong sebelah pulau-pulau sahaja kerana pantai di tanah besarpun mempunyai kecantikan dan suasana sunyi yang tidak kurang daripada pulau-pulau terutamanya Pantai Khanom yang merupakan satu bahagian daripada Taman Negara Pantai Khanom-Kepulauan Laut Selatan.

Pantai Khanom terletak jauh dari Daerah Khanom lebih kurang 1.5 kilometer. Di sini terdapat pantai Pasir yang cantik sepanjang 2-3 pantai antaranya Pantai Nai Pread, Pantai Nai Phlao dan Pantai Pak Nam yang dipanggil secara keseluruhan dengan Pantai Na Dan. Di kawasan tersebut, terdapat pantai yang panjang bersalang-seli dengan timbunan batu dan terletak pada bukit yang menghulur ke dalam laut di bahagian Timur dan Selatan, air laut pula begitu bersih sesuai untuk bermandi-manda. Selain daripada itu, suasana di pantai tersebut sunyi dan kawasannya bersih. Terdapat kedai dan rumah penginapan yang sedia memberi perkhidmatan kepada para pelancong. Sejarah pantai ini, dikatakan bahawa pada zaman dahulu di Pantai Na Dan merupakan pelabuhan kapal dan pasar. Kemudian dibiarkan kosong akibat berlaku bencana ribut taufan di Tanjung Talumphuk pada tahun 1962. Sekarang pasar tersebut dipindah ke Pasar Simpang Empat.

Jika pandang pada posisi Kuala Suangai Khanom yang mengalir ke laut, kawasan hulu sungai ke atas terdapat pantai pasir iaitu Pantai Thong Ching, Pantai Feang Phao, Pantai Thong Nod, Pantai Thong Nian dan Pantai Nang Kam. Di sebelah Selatan pula terdapat salah sebuah pantai yang tercantik di Nakhon Si Thamarat iaitu Pantai Nai Plao, pantai pasir putih sepanjang 18 kilometer yang berbentuk bulan sabit.

Satu lagi aktiviti yang tidak boleh dilupakan setelah sampai Pantai Khanom iaitu menaiki perahu melihat ikan lumba-lumba warna merah jambu yang mesti menaiki perahu ke Tanjung Prathab yang terletak jauh dari Pantai Na Dan lebih kurang 20 minit.

interesting
Pantai Khanom
1. Pusat Pembantuan Pelancong
2. Pantai
3. Resort

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Gunakan jalan raya no. 401, setelah sampai simpang tiga Khlong Leng, gunakan jalan raya no. 4014 untuk ke Bandar Khanom. Teluk Khanom terletak jauh dari Bandar Khanom lebih kurang 2 kilometer. Di sana terdapat jalan persisiran pantai sepanjang 9 kilometer.