Kampung Khiri Wong
Kampung Khiri Wong
075-533-113
Mukim Kam Lon, Daerah Lan Saka, Wilayah Nakhon Si Thammarat.
Dibuka setiap hari.

Pada hari percutian, jangan hanya bersiar-bersiar di kota yang penuh sesak sahaja, keluarlah melancong, menyaksi keindahan alam sekitar serta menyedut udara bersih. Mungkin akan bertambah baik jika anda dapat berehat dan menambah lagi tenaga hidup anda di kampung yang dianggapkan mempunyai udara ternyaman di Thailand seperti Kampung Khiri Wong di Wilayah Nakhon Si Thammarat ini.

Di sini merupakan komuniti lama yang menjalani kehidupan secara mudah dan tinggal seperti saudara-mara yang saling membantu antara satu sama lain. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai pekebun pelbagai jenis buah-buahan yang ditanam dalam satu kawasan seperti manggis, rambutan, dokong dan durian. Selain daripada itu terdapat kumpulan dalam komuniti yang mencipta barangan rekaan untuk menambah pendapatan dalam rumahtangga seperti kumpulan baju sulaman, kumpulan herba, kumpulan ukiran lilin, kumpulan daun kayu corak dalam kain, kumpulan kraftangan, kumpulan buah keranji 3 rasa, kumpulan durian kacau dan sebagainya. Di sini dianggapkan sebagai komuniti contoh dalam pengurusan perniagaan pelancongan ekosistem.

Suasana seluruh kampung dipenuhi dengan daya tarikan alam sekitar kerana dikelilingi dengan bukit-bukau, hutan dan tali air. Para pelancong akan seronok dengan kesuburan alam sekitar dan kehidupan penduduk yang begitu aman. Jika sesiapa ingin mengecapi kegembiraan ini lebih terdekat, di sini terdapat rumah inap untuk bermalam.

interesting
Kampung Khiri Wong
1. Pasar Buah-buahan Tha Sai
2. Pejabat Ketua Kampung
3. Rumah bersejarah
4. Kumpulan anyaman
5. Pusat penjualan produk
6. Kumpulan Daun Kayu Kampung Khiri Wong
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Daerah Mueang, mengikuti jalan raya no. 4016, belok kiri menuju ke jalan raya no. 4015 di kilometer yang ke-9, belok kanan untuk memasuki Kampung Khiri Wong lebih kurang lagi 9 kilometer

Perjalanan melalui kereta awam
Menaiki kereta tambang dari Pasar Yao, Daerah Mueang yang terdapat kereta keluar mulai jam 7:00 pagi-16:00 petang harga tambangnya 20 bath.