Taman Negara Air Terjun Yong
Taman Negara Air Terjun Yong
075-354-967
Mukim Tham Yai, Daerah Thung Song, Wilayah Nakhon Si Thammarat
Dibuka setiap hari jam 8:30 pagi-17:30 petang
Bayaran kemasukan: dewasa 40 baht, kanak-kanak 20 baht.

Taman Negara Air Terjun Yong mempunyai kawasan yang meliputi pergunungan yang tinggi rendah, dipenuhi dengan hutan tropika dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Di sini terdapat puncak Bukit Mean yang tertinggi 1,235 meter dari paras air laut pertengahan dan merupakan hulu air bagi Lembah Sungai Tapi, Lembah Sungai Pak Phanang dan Lembah Sungai Trang.

Pusat pelancongan yang menarik antaranya Air Terjun Yong yang terletak jauh dari pejabat taman negara hanya 300 meter. Air terjun ini mempunyai 7 tingkat. Tali air akan mengalir melalui gurun yang tinggi yang terdapat kolam air di atas dan dipenuhi dengan ikan. Salah satu lagi air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Pleaw, terletak jauh dari pejabat taman negara 3 kilometer dan mempunyai 7 tingkat. Kami mengesyorkan supaya mengunjungi tingkat yang ke-3, ke-5 dan ke-7 yang mempunyai kecantikan lebih daripada yang lain. Selain daripada itu, terdapat Air Terjun Khlong Chang, Air Terjun Nan Chon dan Air Terjun Khuha Sawan.

Sesiapa yang ingin menikmati kecantikan pemandangan, hendaklah mendaki puncak Bukit Maen yang terletak jauh dari Unit Pemuliharaan Taman Negara To. Yo. 1 (Khlong Chang) lebih kurang 5 kilometer dari bawah ke puncak. Di tengah-tengah perjalanan anda akan melihat pelbagaian jenis flora yang unit. Anda juga dapat ke puncak bukit dari Unit Pemuliharaan Taman Negara To. Yo. 3 (Khao Ram Rom) lebih kurang 3 kiloeter. Salah satu tempat yang amat menarik iaitu Puncak Bukit Khao Ram Rom yang terdapat benih orkid yang sukar ditemui serta pusat pemandangan lautan kabus waktu pagi yang tercantik.

Oleh kerana Wilayah Nakhon Si Thammarat mempunyai hujan yang turun sepanjang tahun, jika sesiapa yang ingin ke Taman Negara Air Terjun Yong, silalah datang pada bulan Januari-Julai.

interesting
Taman Negara Air Terjun Yong
1. Air Terjun Khlong Chang
2. Puncak Bukit Mean
3. Air Terjun Yong

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok menuju ke Daerah Thung Song, selepas itu gunakan jalan raya no. 403, belok kiri di tepi Universiti Teknologi Ratchamongkhol Si Wichai, kampus Nakhon Si Thammarat, memandu kereta lagi lebih kurang 3 jam akan sampai ke Air Terjun Yong.