Taman Negara Air Terjun Si Khid
Taman Negara Air Terjun Si Khid
075-470-708
Mukim Si Khid, Daerah Sichon, Wilayah Nakhon Si Thammarat
Dibuka setiap hari jam 8:30 pagi-18:00 petang.
Bayar kemasukan: dewasa 40 bath, kanak-kanak 20 bath

Taman Negara Air Terjun Si Khid mempunyai kawasan seluas 145 kilometer persegi yang terletak dalam kawasan Banjaran Nakhon Si Thammarat yang tinggi rendah berlapis-lapisan. Di sini terdapat hulu air yang merupakan titik pembahagian kawasan Wilayah Nakhon Si Thammarat dengan Wilayah Suratthani. Di dalam taman negara, terdapat bukit batu kapur yang menjadi punca adanya air terjun bukit batu kapur yang cantik dan beberapa buah gua yang unik.

Pusat pelancongan di sini terdiri daripada gua batu tumbuh yang cantik sepert Gua Khao Phab Pha yang terletak jauh dari pejabat taman negara lebih kurang 5 kilometer. Gua ini walau kecil dan dalam hanya 50 meter tetapi terdapat batu tumbuh yang sangat cantik dan sejenis haiwan yang bernama Kong atau Cong Khrong (sejenis katak air) yang besar. Jika ingin masuk ke dalam gua, hendaklah memberitahu pegawai taman negara. Salah satu gua yang amat menarik iaitu Gua Kho Ram yang terletak di atas cerun yang tinggi di kawasan Unit Pemuliharaan Taman Negara So. Kho. 1 (Suan Prang). Di kawasan pintu masuk ke dalam gua, dapat melihat pemandangan di bawah yang cantik dan tempat tinggal kambing gurun iaitu haiwan hutan yang sukar ditemui. Selain itu terdapat Gua Suan Prang yang dianggapkan sebagai syurga kelawar.

Salah satu tempat yang tidak dikecualikan iaitu Air Terjun Si Khid yang merupakan air terjun dari gurun tinggi lebih kurang 60 meter dan mengalir mengikut lapisan batu sepanjang 12 kilometer. Kelebihan di sini iaitu terdapat batu kapur yang tidak berlumut, tali airnya pula hijau zamrud dan terdapat kolam untuk dimandi-manda. Perjalanan ke sini sangat mudah. Selain daripada itu, terdapat beberapa buah air terjun yang cantik seperti Air Terjun Samnak Niam, Air Terjun Huai Mod, Air Terjun Khlong Khram, Air Terjun Phurin dan Air Terjun Phai Tong.

interesting
Taman Negara Air Terjun Si Khid
1. Air Terjun Phurin
2. Gua Suan Prang
3. Gua Khoram
4. Air Terjun Khiri Phupha
5. Air Terjun Hin Dan
6. Air Terjun Phai Tong
7. Air Terjun Wang Sai
8. Air Terjun Huai Mod
9. Gua Khao Phab Pha
10. Air terjun Si Khid
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
1. Dari Bandar Nakhon Si Thammarat menuju ke jalan raya Asia Nakhon Si Thammarat-Suratthani iaitu jalan raya no. 401 lebih kurang 69 kilometer akan sampai simpang empat Ton Phayom, belok kanan ke Daerah Sichan lebih kurang 1 kilometer akan jumpa persimpangan, belok kiri untuk ke Pejabat Taman Negara Air Terjun Si Khid dalam perjalanan lagi 15 kilometer.

2. Dari Wilayah Suratthani mengikuti jalan raya no. 401 lebih kurang 52 kilometer akan sampai simpang tiga Khao Hua Chang, belok kanan, lebih kurang 10 kilometer akan sampai Pejabat Taman Negara Air Terjun Si Khid.