Taman Negara Pantai Khanom-Kepulauan Laut Selatan
Taman Negara Pantai Khanom-Kepulauan Laut Selatan
075-528-495
Mukim Khanom, Daerah Khanom, Wilayah Nakhon Si Thammarat.
Dibuka setiap hari jam 8:00-18:00 petang
Air Terjun Tha Noi, Air Terjun Hin Lad, Air terjun Nan Phai, Air Terjun Klang Thong dan pulau-pulau seperti Pulau Taen, Pulau Rab, Pulau Wang Nok, Pulau Wang Nai akan tutup antara 20 November-31 Disember setiap tahun.
Bayaran kemasukan: Dewasa 40 bath, kanak-kanak 20 bath.

Taman Negara Pantai Khanom-Kepulauan Laut Selatan mempunyai daya tarikan dari segi pantai pasir yang menghulur ke dalam laut bersejajaran dengan pokok ru di tebing pantai. Manakala di laut, terdapat pulau kecil dan besar 11 buah yang subur dengan batu karang antaranya batu karang pinggan, batu karang otak dan batu karang tanduk rusa. Seterusnya pantai di sana pasirnya putih dan bersih lagi air laut yang jernih berwarna biru.

Pantai Khanom itu merupakan pantai pasir yang cantik yang terdiri daripada beberapa buah pantai berpanjangan 2-3 pantai iaitu Pantai Nai Pret, Pantai Nai Phlao dan Pantai Pak Nam yang kesemuanya di panggil “Pantai Na Dan”. Pantai tersebut berpanjangan diselang-seli dengan ketulan batu besar beserta dengan air lautnya yang begitu jernih dan bersih, sesuai untuk bermandi-manda. Pusat pelancongan lain yang terdapat di taman negara ini antaranya Pusat Pemandangan Khao Dadfa yang dapat melihat pemandangan Kepulauan Taen dan hutan tebal yang meliputinya Gua Khao Wang Thong yang mempunyai pintu masuk yang kecil tetapi di dalam gua terdapat batu bertumbuh yang berbagai-bagai bentuk dan amat cantik.

Salah satu aktiviti yang perlu lakukan iaitu menaiki perahu melihat ikan lumba-lumba warna merah jambu di Pulau Nui Nok dengan menyewa perahu dari pelaburan Tanjung Prathab Kuala Khanom yang dapat menaiki tidak lebih daripada 7 orang. Program menaiki perahu melihat ikan lumba-lumba ini akan meliputi pengunjungan Bukit Hin Phab Pha dan menziarahi patung Luang Pho Thuad di Pulau Nui juga.

interesting
Taman Negara Pantai Khanom-Kepulauan Laut Selatan
1. Pulau Taen
2. Pulau Wang Nai
3. Pulau Wang wok
4. Pulau Rab
5. Teluk Thong Mod
6. Pantai Khon Khao
7. Pantai Na Dan
8. Pantai Nai Plao
9. Teluk Thong Yi
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
1. Dari Wilayah Suratthani mengikut jalan no. 401 (Suratthani-Nakhon Si Thammarat) perjalanan lebih kurang 50 kilometer, belok pada persimpangan memasuki Daerah Khanom mengikut jalan raya no. 4041 lagi lebih kurang 30 kilometer akan sampai pejabat taman negara.

2. Dari Wilayah Nakhon Si Thammarat mengikut jalan raya no. 401 (Nakhon Si Thammarat-Suratthani) perjalanan lebih kurang 80 killometer, belok pada persimpangan mengikut jalan raya no. 4041 lagi lebih kurang 30 kilometer akan sampai ke pejabat taman negara.