Tanjung Talumphuk
Tanjung Talumphuk
075-394-254
Mukim Talumphuk, Daerah Pak Phanang, Wilayah Nakhon Si Thammarat
Dibuka setiap hari

Mungkin ramai orang yang telah mengenali Tanjung Talumphuk yang terletak di Daerah Pak Phanang berikutan tahun 1962, Di sinilah yang berlaku bencana angin ribut akibat taufan Harriet yang mengorbankan penduduk Talumphuk 1300 orang. Walau bagaimanapun kini Talumphuk berubah menjadi cantik dan aman.

Di kawasan Tanjung Talumphuk itu terdapat tanjung pasir berbentuk bulan sabit yang menghulur ke dalam Teluk Siam. Di hujung tanjung pula terdapat rumah api yang memberi isyarat dalam pelayaran perahu dan kapal. Di kawasan pantai Pak Phanang pula terdapat pantai pasir yang bersih putih berserta dengan pokok ru berbaris panjang. Di sini terdapat kedai makanan laut yang lazat untuk memberi perkhidmatan kepada pelancong. Selain daripada itu, terdapat pasar penjualan makanan laut segar untuk di bawa balik rumah. Di Tanjung Talumphuk ini sesuai untuk bersiar-siar dan makan makanan laut, bermandi-manda air laut dan berehatkan minda. Setelah sampai ke Daerah Pak Phanang, selepas bersiar-siar di Tanjung Talumphuk, silalah membeli-belah di pasar 100 tahun dan Bandar Pak Phanang yang terdapat di kedua-dua belah Sungai Kuala iaitu di bahagian Timur dan Barat. Di sini ada makanan laut yang segar dan makanan lain untuk di bawa balik.

interesting
Tanjung Talumphuk
1. Pusat pemandangan hujung tanjung Talumphuk
2. Tanjung Talumphuk
3. Wat Suthep Tharam
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Gunakan jalan raya no. 4013 (Nakhon Si Thammarat-Pak Phanang) akan terdapat simpang ke Tanjung Talumphuk lebih kurang 16 kilometer.