Taman Negara Nam Nao
Taman Negara Nam Nao
056-729-002
Mukim Nam Nao, Daerah Nam Nao, Wilayah Phetchabun
Dibuka setiap hari jam 8:00 pagi-16:30 petang
Bayaran kemasukan: dewasa 20 bath, kanak-kanak 10 bath

Memanglah salah satu tempat pelancongan yang ternama dari segi mengembara hutan menyaksi keindahan alam tentu mempunyai nama “Taman Negara Nam Nao ” yang tercatat dalam senarai terawal kerana di sini merupakan taman negara yang tercantik di willayah Petchabun dan juga termasuk dalam kawasan Wilayah Chaiyaphum sebagai garisan pembahagian antara Bahagian Timur Laut dan Bahagian Utara Thailand.

Tempat yang menarik setelah anda sampai di Taman Negara Nam Nao iaitu Pusat Pemandangan Gua Pha Hong yang mempunyai gua kecil dipenuhi dengan batu tumbuh bermacam-macam bentuk. Selain daripada itu, di sini merupakan tempat tinggal kelawar pelbagai jenis terutamanya kelawar Mahkota Marshall yang hampir pupus dan sukar ditemui. Di sini juga sesuai untuk melihat pemandangan mentari jatuh. Jika sesiapa yang ingin melihat mentari memancar cahaya, mestilah pergi ke Pusat Pemandangan Phu Kho. Selepas mentari keluar dan kabus mulai berkurangan, anda akan nampak hutan ru Phu Kum Khao bersilang ganti dengan hutan tebal yang mempunyai Phu Kradueng dan Phu Phachit sebagai tirai di belakang. Selain daripada itu terdapat Gua Besar Nam Nao atau Gua Nam Rin yang juga merupakan tempat tinggal keluar pelbagai jenis. Di sini anda akan melihat air mengalir dari pintu masuk gua. Selain daripada berpeluang merehat minda di Air Terjun Tad Phran Ba dan Air Terjun Heaw Sai.

Untuk mereka yang gemar mengembara hutan, di sini terdapat jalan menuju ke Pha Lom Pha Kong yang dikelilingi dengan hutan tebal dan hutan percampuran. Perjalannya dari Unit Pemuliharaan Taman Negara no. 2 (Phupha Klang Dong) lebih kurang 5-7 kelimeter. Satu lagi tempat yang menarik iaitu di sini ada taman pokok ru Kampung Paek atau Dong Paek, jalan masuknya pada kilometer yang ke-49, jalan raya no. 12 (Doi Lom Sak-Chumphae) dengan berjalan kaki sejauh 5 kilometer. Setelah sampai di taman pokok ru ini, anda akan kagum dengan kecantikan pokok ru berdaun dua bersama dengan pelbagai jenis haiwan hutan dan bermacam-macam jenis burung. Jika anda ke sana antara bulan Februari-Mei, anda akan terpesona dengan kecantikan orkid.

Oleh kerana udara di Taman Negara Nam Nao agak dingin sepanjang tahun, maka anda boleh datang bila-bila masa sahaja. Jika ingin menikmati udara yang begitu sejuk dan kecantikan hutan bertukar warna, silalah datang antara bulan Disember-Janurari.

interesting
Taman Negara Nam Nao
1. Pusat Menyaksi Mentari Jatuh Gua Pha Hong
2. Pusat Menyaksi Mentari Keluar Phu Kho
3. Pusat Perkhidmatan Pelancong
4. Jalan mengembara hutan
5. Hutan pokok ru.
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Wilayah Phetchabun, gunakan jalan raya no. 21 laluan Phetchabun-Lom Sak lebih kurang 39 kilometer. Belok kanan mengikuti jalan raya no. 12 sehingga kilometer yang ke-50, belok kiri lagi lebih kurang 1.5 kilometer akan sampai pejabat taman negara.