Wat Phra Phuttha Bat Chon Daen
Wat Phra Phuttha Bat Chon Daen
056-761-324
Mukim Chon Daen, Daerah Chon Daen, Wilayah Phetchabun
Dibuka setiap hari jam 06:00 pagi-18:00 petang

Wat Phra Phuttha Bat Chon Daen atau yang dipanggil penduduk kampung dengan nama Wat Luang Pho Thob merupakan Wat tertua di Daerah Chon Daen dan dihormati oleh penduduk tempatan. Jika sesiapa yang berpeluang melancong ke Phetchabun, tidak boleh melupakan untuk mengunjungi wat ini.

Dahulu, Sami Buddha Pho Thob atau Phra Khru Wichit Phatrachan bertugas sebagai ketua sami, sekarang pihak Dewan Perbandaran Mukim Chon Daen telah mencari wang untuk memperbaiki wat antaranya memperbaiki balai buatan daripada kayu jati emas yang pernah merupakan tempat kediaman ketua sami, candi tempat menyimpan replika tapak kaki Buddha, tangga berbentuk naga tujuh kepala di Bukit Noi, patung Buddha dan kolam Wang Matcha.

Sekarang terdapat patung Sami Buddha Luang Pho Thob yang terbesar di negara Thai. Patung tersebut diperbuat daripada logam dan gangsa berwarna hitam. Kebesaran ukuran riba adalah 8.5 meter, tinggi 12 meter, terletak di atas bangunan kontrit. Di dalam bangunan merupakan bilik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan seni kebudayaan tempatan. Jika sesiapa minat, datanglah ke wat tersebut.

interesting
Wat Phra Phuttha Bat Chon Daen
1. Wat Phra Phuttha Bat Chon Daen
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dapat memandu ke Daerah Chon Daen melalui jalan raya no. 11 Daerah Dong Charen menuju ke Daerah Thab Kho, Wilayah Phichit. Terus pula ke jalan raya no. 113 menuju ke Daerah Chon Daen. Salah satu jalan lagi dengan melalui Daerah Wang Chomphu, Daerah Phra Phutthabat, jalan raya no. 13 menuju ke Wilayah Phetchabun.