Taman Buddha Phetbura
Taman Buddha Phetbura
055-231-063
Mukim Sa Diang, Daerah Mueang, Wilayah Phetchabun
Dibuka setiap hari jam 08:00 pagi-18:00 petang

Taman Buddha Phetbura merupakan tempat terletaknya patung Buddha yang besar yang dipanggil Phra Phutthabura Maha Dharma Raja Chalerm Phrakiat yang dibinakan oleh penduduk Phetchaburi demi menyembahkan penghormatan tertinggi kepada Baginda Raja Bhumibol sempena baginda berusia 84 tahun. Patung ini diperbuatkan daripada logam bercampur gengsa. Panjang pada ribanya 11.984 meter yang bermaksud seperti berikut: 1 bermaksud baginda raja adalah raja di peringkat pertama dalam hati rakyat Thai, 1 yang kedua ialah patung Phra Maha Dharma Raja yang hanya terdapat satu sahaja di Wilayah Phetchabun dan dianggapkan suci. Nombor 9 bermaksud Raja Rama IX Dinasti Chakri dan 84 adalah sempena baginda berusia 84 tahun. Selain daripada itu, patung Buddha tersebut dianggapkan patung tiruan yang terbesar di Thailand. Manakala patung yang sebenar terletak di Wat Trai Phum, Wilayah Phetchabun. Sesiapa yang berpeluang ke sini, haruslah datang menyembah untuk kebaikan hidup mengikut kepercayaan penduduk Nan.

interesting
Taman Buddha Phetbura
1. Taman Buddha Phetbura
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, gunakan jalan raya no. 1, Jalan Phahonyothin menuju ke Wilayah Saraburi, melalui Wilayah Lop Buri, terus ke Wilayah Phetchabun. Dari Phetchabun, gunakan jalan raya no. 21 memandu kereta melalui bandar akan ternampak patung Buddha terbesar di sebelah kanan.