Phu Thab Buek
Phu Thab Buek
056-709-036
Mukim Wang Ban, Daerah Lom Kao, Wilayah Phetchabun
Dibuka setiap hari

Jika anda merupakan salah satu orang penggemar alam semula jadi dan bukit-bukau, Phu Thab Buek adalah pilihan utama anda yang tidak boleh dikecualikan. Phu Thab Buek merupakan puncak bukit yang tertinggi di Phetchabun. Setelah sampai di atas, anda akan bertemu dengan pemandangan yang bersusun-susun sehingga tentu anda akan jatuh cinta terhadapnya.

Phu Thab Buek mempunyai ketinggian lebih kurang 1,768 meter yang dianggapkan tertinggi di Phetchabun. Kelebihan di sini iaitu suasana alam sekitar yang cantik dan lautan kabus, udara yang bersih dan sejuk sepanjang tahun kerana mendapati arus sejuk dari Gunung Himalaya.

Selain pemandangan yang begitu cantik 360 darjah, para pelancong berpeluang menikmati kehidupan penduduk tempatan yang merupakan Kaum Mong yang berhijrah ke Phu Thab Buek. Mereka di bawah jagaan Pusat Pembangunan Pembantuan Kaum Penduduk Bukit, Wilayah Phetchabun yang bekerja sebagai petani di atas bukit tinggi. Dalam musim sejuk, anda akan ternampak ladang kubis di sepanjang jalan yang amat cantik. Pada bulan Disember-Januari, terdapat bunga Sakura berwarna merah jambu berkembang penuh di atas bukit. Di sini juga terdapat Balai Cerap untuk melehat bintang di waktu malam.

interesting
Phu Thab Buek
1. Puncak Bukit Phu Thab Buek
2. Tempat letak kereta
3. Padang memasang khemah
4. Tandas

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Phetchabun , gunakan jalan raya no. 21 lebih kurang 40 kilometer sehingga sampai simpang empat Lom Sak, teruskan mengikut jalan raya no. 2331 lebih kurang 13 kilometer akan nampak papan tanda menunjuk arah ke Taman Negara Phu Hin Rong Kla. Ikuti jalan raya no. 2011 dan 2331 lagi 40 kilometer akan sampai Balai Pengutipan Pembayaran di Taman Negara Phu Hin Rong Kla, dari sini belok kanan untuk memasuki ke Kampung Phu Thab Buek lebih kurang 6 kilometer lagi.

Perjalanan melalui kereta awam
Menaiki bas berhenti di Lom Sak, borong kereta pikap untuk ke Phu Thab Buek, harganya lebih kurang 1,200 baht.