Ratchaburi

Wilayah Ratchaburi walau terletak dekat dengan Bangkok sehingga mungkin dilupai, tetapi di sini banyak mempunyai kelebihan terutamanya mereka yang berminat jalanan kehidupan, seni budaya dan kesihatan.

Tempat yang menarik di sini, mulai dengan Ladang Menanam Cinta, ladang organik tanpa bahan kimia beracun. Banyak barangan istimewa yang dijual di sini antaranya sayur-sayuran segar, herba, ikan, itik bertelur dan barangan organik lain. Para pelancong dapat mempelajari cara menanam sayur-sayuran dan ternakan haiwan dari ladang ini. Selain daripada itu, pelancong berpeluang menyaksi pusat kesenian dan kebudayaan di Muzium Wayang Kulit di Wat Khanon yang terdapat pertunjukan wayang kulit bangsawan serta penghuraian asal usulnya serta cara mencipta wayang. Di Wat Khanon terdapat juga pameran wayang kulit bangsawan yang begitu unik.

Dahulu, jika sesiapa yang ingin membeli tempayan naga yang bagus, tentu mesti datang ke Wilayah Ratchaburi kerana di sini terdapat tanah yang sesuai untuk dijadikan tempayan. Selain daripada itu, cara membuat tempayan di sini berlainan dari tempat lain. Kilang seramik Thao Hong Thai merupakan kilang penciptaan seramik atau tembikar seperti tempayan naga yang pertama yang masih beroperasi lebih daripada 80 tahun. Keadaan kilang diubah suai dan bercampur aduk antara tradisional dan kemajuan moden sehingga dapat mengeluarkan keluaran yang cantik dan diminati ramai selain daripada mampu memelihara corak-corak tradisional. Di Ratchaburi juga terdapat bangunan lama yang cantik seperti bangunan di kawasan Photharam, bangunan lama di tengah-tengah bandar yang bersenibina klasik.

Jika sesiapa ingin menyaksi kehidupan penduduk tempatan, tentu mesti datang ke Pasar Terapung Damnoen Saduak yang dikenali oleh pelancong dalam dan luar negara serta terdapat ramai pelancong di sini. Salah satu lagi pasar terapung iaitu Pasar Terapung Lao Tak Lak atau Pasar Terapung Pak Khlong Lad Phli yang merupakan pasar terapung pertama di Thailand dan masih indah lebih daripada 140 tahun.

MAP
TRAVEL

By Car

From Bangkok, use Highway No. 4 passing Bang Khae, Om Noi, Nakhon Chai Si, Nakhon Pathom to arrive in Ratchaburi.

By Bus

Bus number 76 from the Southern (Sai Tai Mai) Bus Terminal

18
Julai
2019
Ratchaburi
29.5°
33° 26°
attraction_image
Air Terjun Kao Chon atau Air Terjun Sembilan Tingkat merupakan air yang terjun dari cerun bukit yang tinggi di kawsan Banjaran Tanao Si. Air Terjun di...more
attraction_image
Jangan terkejut bahawa di sini dipenuhi dengan ular tetapi di sini dipenuhi dengan gunung-gunang yang tinggi rendah seperti ular menjalar sehingga din...more
attraction_image
Pasar Lama Chet Samian merupakan pasar yang berusia lebih daripada 100 tahun sehingga dipanggil orang ramai dengan nama “Pasar Lama 119 Tahun Chet Sam...more
attraction_image
Jika berbincang tentang wat yang dihormati oleh penduduk Ratchaburi dan wilayah-wilayah berhampiran, salah satu daripada wat itu ialah Wat Nong Hoi ke...more