Taman Hin Khao Ngu (Batu Bukit Ular)
Taman Hin Khao Ngu (Batu Bukit Ular)
032-299-406
Mukim Ko Phlab Phla, Daerah Mueang, Wilayah Ratchaburi
Di buka setiap hari jam 08:00 pagi-18:00 petang

Jangan terkejut bahawa di sini dipenuhi dengan ular tetapi di sini dipenuhi dengan gunung-gunang yang tinggi rendah seperti ular menjalar sehingga dinamakan Taman Batu Bukit Ular.

Di Taman Hin Khao Ngu ini dipenuhi dengan batu kapur yang diubah suai menjadi Taman Awam Khao Ngu dan terdapat jalan mengelilingi bukit yang begitu cantik. Di sini juga merupakan pusat arkeologi kerana terdapat kumpulan gua bukit ular yang merupakan tapak arkologi penting berikutan ukiran batu yang menceritakan tentang agama Buddha sejak zaman Thawarawadi lagi. Terdapat lagi Gua Petapa Bukit Ular yang terletak dekat dengan patung Buddha Thesana seni Thawarawadi dan patung-patung Buddha lain zaman Ayutthaya.

Di situ terdapat Gua Fa Tho. Di pintu masuk gua pula terdapat lukisan gambar patung Buddha beradu yang besar, gambar dewa-dewa berkumpul dan arca berbentuk pokok-pokok. Manakala di Gua Cham terdapat ukiran patung Buddha beradu yang tertua di negara Thai. Manakala di puncak Bukit Ular pula terdapat bekas tapak kaki Buddha selain daripada merupakan pusat pemandangan alam sekitar yang tercantik.

Dapat dikatakan bahawa, jika sesiapa berminat sejarah dan arkeologi, tentu mesti menyaksikan kecantikan gambar-gambar lukisan lama ini di Taman Batu Bukit Batu Ular. Manakala pada 1 hari bulan November akan terdapat pesta perayaan setiap tahun.

interesting
Taman Hin Khao Ngu (Batu Bukit Ular)
1. Gua Petapa Bukit Ular
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok menuju ke jalan Phetchakasem ke Nakhon Pathom menuju ke Ratchaburi terus tanpa memasuki bandar, belok kanan di simpang Chedi Hak menuju ke jalan raya no. 3291. selepas itu akan terjumpa dengan simpang tiga Phab Phla Chai, belok kanan menuju jalan no. 3089 terus lagi lebih kurang 1 kilometer akan sampai ke pintu masuk Taman Batu Bukit Ukar di sebelah kiri. Di situ terdapat patung Buddha yang besar sebagai lambing masuk.