Air Terjun Kao Chon
Air Terjun Kao Chon
032-471-005
Ban Huai Phak, Daerah Suan Phueng, Wilayah Ratchaburi
Dibuka setiap hari jam 8:00 pagi-18:00 petang
Bayaran kemasukan 10 bath

Air Terjun Kao Chon atau Air Terjun Sembilan Tingkat merupakan air yang terjun dari cerun bukit yang tinggi di kawsan Banjaran Tanao Si. Air Terjun di sini bersaiz pertengahan tetapi mempunyai 9 tingkat.

Namanya Air terjun Kao Chon, singkatan daripada Kao Krachon iaitu seumpama air yang terjun sebanyak 9 tingkat dari cerun yang tinggi. Ada juga pelancong yang silap faham bahawa Kao Chon adalah sembilan pencuri, lalu ditukar kepada 9 tingkat. Batu di air terjun ini merupakan batu krenit. Manakala hutan yang menyelilingi merupakan hutan campuran.

Para pelancong akan terpesona dengan kedinginan dan kesegaran air terjun ini sepanjang tahun tetapi disyorkan memeriksa kadar air dahulu sebelum pergi, sebab pada musim panas, mungkin air terdapat sedikit atau tiada air langsung. Selain daripada itu, jalan untuk menyelidiki hutan yang menyelilingi air terjun pada musim hujan adalah begitu segar dan subur kerana anda akan dapati pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan cantik di sekeliling jalan. Untuk mereka yang ingin ke air terjun sehingga tingkat yang ke-9, harus keluar berjalan sejak pagi tidak melebih tengah hari dan turun dari tingkat ke-9 tidak melebihi jam 16.00 petang untuk keselamat anda sendiri.

interesting
Air Terjun Kao Chon
1. Air terjun
2. Tempat letak kereta.

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok ke Air Terjun Kao Chon perjalanannya lebih kurang 175 kilometer dengan menggunakan jalan laluan Phra Pinklao-Nakhon Chai Si menuju ke Wilayah Nakhon Pathom. Memandu terus ke Wilayah Ratchaburi, sehingga sampai ke bandar, belok kanan ke Daerah Chom Bueng, belok setelah sampai simpang Chedi Hak. Melepasi simpang Chedi Hak akan sampai simpang Khao Ngu dan belok kanan. Memandu terus sehingga sampai Daerah Suan Phueng, terus lagi 3 kilometer dan belok kiri pada Phu Pha Phueng lebih kurang 7 kilometer akan sampai Wat Huai Phak, belok kanan akan sampai Telaga Air Hangat Bo Khlueng, melepasi Bo Khlueng hanya 1 kilometer akan sampai Air Terjun Kao Chon.